Masihkah anda ingat dengan pelakon jelita yang bergandingan dengan Shah Rukh Khan buat pertama kali menerusi filem Pardes? Ya, Mahima Chaudhry merupakan antara pelakon Bollywood wanita yang cukup popular di era 90-an. Mahima kemudiannya muncul dalam filem-filem popular seperti Daag, Dhadkan, Kurukshetra dan Dil Hai Tumhara.

Bintang Pardes, MAHIMA CHAUDHRY Kini Pejuang Kanser Payu Dara “Saya Botak & Pakai Rambut Palsu Setiap Hari”

IKLAN

 

Dan sekitar Jun lalu, Mahima Chaudhry mengejutkan dunia hiburan Bollywood apabila membuat pendedahan tentang derita kanser payudara yang dihidapinya. Bagaimanapun, selepas menjalani rawatan, dia kini disahkan sembuh dan kembali aktif meneruskan karier seni. Mahima juga dikhabarkan sudah kembali membuat ‘comeback’ selepas muncul dalam sebuah filem berjudul The Signature dalam sebuah video yang dikongsikan aktor Anupam Kher di laman Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Anupam Kher (@anupampkher)

Perkongsian tersebut menerima pelbagai respons daripada peminat yang berasa simpati namun  berbangga melihat bintang filem berusia 48 tahun itu sangat kuat melawan penyakitnya. Lebih mengejutkan Mahima mendedahkan dia tidak pernah memaklumkan ibu bapanya tentang penyakit tersebut.

Bintang Pardes, MAHIMA CHAUDHRY Kini Pejuang Kanser Payu Dara “Saya Botak & Pakai Rambut Palsu Setiap Hari”

Malah Mahima pernah berkongsi anak perempuannya, Ariana enggan ke sekolah secara fizikal sepanjang tempoh pemulihannya dari kanser selama 2 bulan kerana gusar jika ibunya dijangkiti Covid-19.

Bintang Pardes, MAHIMA CHAUDHRY Kini Pejuang Kanser Payu Dara “Saya Botak & Pakai Rambut Palsu Setiap Hari”

Dan kini, Mahima semakin selesa bercakap dan berkongsi pengalaman dan perjuangannya melawan dan merawat kansernya, apatah lagi Mahima kini terpaksa menyesuaikan diri dengan memakai rambut palsu dan topi sebagai sebahagian daripada penampilan baharunya.

IKLAN

Bercakap pada portal Hindustan Times, Mahima gementar apabila dipuji berjaya menangani diagnosisnya, Mahima berkongsi, “Saya nampak saja berani tetapi saya sangat takut! Saya mengambil inspirasi dan kekuatan dari orang di sekeliling dan saya rasa semua orang seharusnya berbuat demikian apabila mereka takut.”

Bintang Pardes, MAHIMA CHAUDHRY Kini Pejuang Kanser Payu Dara “Saya Botak & Pakai Rambut Palsu Setiap Hari”

Mahima mendapat tahu dia menghidap kanser payudara tahun lalu selepas pergi membuat pemeriksaan tahunan awal tahun lalu. Dia juga mendedahkan bahawa dia kini perlu memakai rambut palsu dan topi untuk menutup rambut pendeknya.

IKLAN

“Saya rasa rambut palsu saya kelihatan cantik saja. Saya ok pakai rambut palsu, namun saya perlu terus memakai topi dan perlu menyesuaikan diri dengan perkara seperti itu.” Mahima ditemui ketika menghadiri sebuah acara baru-baru ini bersama anak perempuannya Ariana. Syukur, Mahima khabarnya kini bebas kanser.

***

Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona

***