Bongkar Rahsia Bintang K-Pop Tiffany Young, Kulit Cerah Sekata Dengan Eucerin

Kehadiran bintang antarabangsa serta ikon kecantikan Korea, Tiffany Young yang tersohor dengan kumpulan ikonik Girls’ Generation menjadikan acara Eucerin Spotless Brightening cukup Istimewa.

Rahsia Kulit Cerah Berseri Tiffany Young

Menurut Tiffany, “Bagi saya, kulit cerah berseri tanpa tompok hitam bukan hanya menyembunyikan kekurangan tetapi lebih kepada memberi penjagaan terbaik kepada kulit.”

Tambahnya lagi, “Saya percaya kepada bahan yang terbukti secara saintifik. Sebab itulah saya memilih Eucerin Spotless Brightening Serum dan Body Lotion. Ia membantu mengurangkan tompok hitam serta mengekalkan seri semula jadi yang sekata dan tahan lama.”

Sains & Kecantikan Bersatu

Eucerin, jenama penjagaan kulit terkemuka dunia dengan lebih 120 tahun kepakaran dermatologi, menganjurkan Spotless Brightening Event yang memperlihatkan bagaimana penjagaan kulit berasaskan dermatologi mampu mengubah kehidupan serta mengekalkan kedudukannya sebagai Jenama Penjagaan Wajah Derma No.1 di Malaysia.

Acara ini turut menampilkan hasil sebenar daripada pengguna bagi penjagaan wajah dan tubuh dengan memberi tumpuan kepada masalah kulit paling biasa iaitu tompok hitam dan pigmentasi.

Keberkesanan Thiamidol

Dikuasakan oleh bahan anti-bintik hitam paling berkesan, Thiamidol hasil lebih daripada 10 tahun penyelidikan berterusan. Bahan aktif berpaten ini menjadi teras utama kepada Spotless Brightening Booster Serum dan Spotless Brightening Body Lotion.

Terbukti secara klinikal dan dermatologi, serum ini membantu mengurangkan tompok hitam di permukaan mahupun yang belum muncul dalam lapisan kulit dengan kadar keberkesanan sehingga 97%, manakala losen badan yang diformulasikan untuk mencerahkan kulit seawal penggunaan pertama membantu tona kulit menjadi lebih sekata serta mengembalikan kecerahan semula jadi.

Piawaian Dalam Penjagaan Kulit Berpigmentasi

Thiamidol kini dianggap sebagai piawaian emas dalam penjagaan kulit berpigmentasi, menawarkan penyelesaian terbaik untuk mendapatkan kulit yang cerah sekata dan sihat berseri.

Para peminat turut berpeluang mendekati Tiffany Young menerusi sesi Meet & Greet yang istimewa, meraikan sinergi antara kecantikan, sains dan pesona selebriti.

Spotless Brightening Body Lotion

Walaupun Spotless Brightening Booster Serum telah lama diiktiraf sebagai penyelesaian terbaik untuk masalah tompok hitam, acara kali ini memberi tumpuan khas kepada Spotless Brightening Body Lotion, yang diformulasikan untuk bahagian tubuh yang sering terdedah kepada cahaya matahari namun sering diabaikan seperti bahu, lengan dan belakang badan.

Hasil Terbaik

Di atas pentas, pakar kulit turut berkongsi pandangan klinikal serta rutin penjagaan dermatologi berasaskan Thiamidol, diikuti perkongsian pengguna sebenar yang berkongsi perjalanan mereka berhadapan kulit sensitif dan tona tidak sekata.

Bagaimana rutin konsisten menggunakan Eucerin Spotless Brightening membantu mereka mendapatkan tona lebih sekata dan keyakinan menyeluruh dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.

Keyakinan Diri Bermula Dengan Kulit Sihat

“Hari ini ia bukan sekadar tentang produk; ia tentang bagaimana penjagaan kulit dan sains membuka jalan kepada keyakinan diri,” ujar Dr. Vierhaus.

“Kami percaya apabila kulit terasa lebih sihat, seseorang akan tampil dengan cara berbeza seperti di tempat kerja, dalam kehidupan dan bagaimana mereka mempersembahkan diri kepada dunia.”

Untuk maklumat lanjut mengenai Eucerin Spotless Brightening Booster Serum dan manfaat Thiamidol, sila layari: https://www.eucerin.my/products/spotless-brightening/dual-serum

Share
Published by
Amy Mohd