Fesyen

Break The Rules! Ini 5 Peraturan Fesyen Yang Boleh Dilanggar Supaya Nampak Lebih Trendy!

Fesyen sememangnya cukup sinonim dengan wanita. Fesyen semasa sering menjadi ikutan wanita masa kini seiring dengan peredaran semasa. Namun, adakah anda tahu jika anda terlalu ikut peraturan, mungkin penampilan anda kelihatan membosankan.

Ayuh langar peraturan fesyen agar tampak lebih stailo dan trendy. Jika 10 peraturan fesyen ini harus dipatuhi supaya tidak meletakkan anda di dalam senarai mangsa fesyen, kini tidak lagi. Anda bebas berfesyen dan say NO pada peraturan-peraturan ini

1. Jangan gabungkan jenama mewah dan jenama biasa

Sebagai generasi millennial ataupun gen Y yang berdikari, tak semua pakaian dan aksesori anda dari jenama mewah. Anda bebas menggayakan street style yang kini mnejadi kegilaan. Jadi, tidak salah untuk menggayakan sebuah beg tangan Michael Kors dengan denim yang berharga RM10 yang dibeli di kedai bundle.

2. Hanya perempuan rendah boleh berkasut tumit tinggi

Jika inspirasi fesyen anda adalah Gigi Hadid, Kendall Jenner ataupun Karlie Kloss, abaikan terus peraturan ini. Kasut tumit tinggi bebas dipakai oleh siapa pun tidak kira ketinggian. Jadi jika anda sememangnya dikurniakan ketinggian, apa salahnya anda tonjolkan.

3. Jangan gabungkan corak bersama corak

Kedua-dua ini adalah kombinasi yang cantik jika anda pandai gayakan corak dan corak bersama. Apa salahnya corak abstrak digabungkan bersama corak abstrak juga. Hanya mereka yang berkeyakinan sahaja mampu membawa gaya ini dan anda harus cuba.

4. Wanita gempal tidak sesuai memakai skirt labuh

Bila pakai nampak lagi besar? Itu peraturan zaman pra-sejarah. Kini wanita gempal juga boleh tampil berkeyakinan dengan variasi skirt labuh dan pastinya nampak hebat seperti wanita biasa. Asalkan bentuknya sesuai mengikut bentuk badan dan pandai bermain warna, you are good to go!

5. Hanya lelaki boleh berpakaian menswear

Dunia semakin berubah dan begitu jugalah dalam fesyen. Hakikatnya, wanita juga boleh mengenakan menswear dengan cara yang tersendiri dan tampil cukup elegan. Stail androgini sangat menjadi perhatian masa kini. Wanita yang mengenakan pakaian menswear namun tetap diselitkan dengan ciri-ciri feminin.

IKLAN
Share