Buat Julung Kalinya, Butik Mewah WEEKEND MAX MARA Dibuka Di Pavilion Kuala Lumpur

Weekend Max Mara mencipta detik bersejarah yang tersendiri dengan pembukaan butik pertamanya di pusat membeli belah bertaraf dunia iaitu Pavilion Kuala Lumpur.

Butik seluas 90 meter kaki persegi ini terletak di lokasi strategik iaitu tingkat tiga bahagian Centre Court pusat membeli belah mewah itu. Ianya merangkumi elemen estetik penuh bergaya “Home away from Home” serta mesra pelanggan.

Dilengkapi ruang butik yang selesa dan chic, Weekend Max Mara turut dilengkapi dengan reka bentuk perabot yang sederhana, bersih, klasik dan neutral hues.

Selain itu, butik ini dibuka bersama ‘Flutterflies’ yang merupakan Weekend Max Mara Signature Capsule Collection untuk Spring Summer 2021.

Ianya kolaborasi bersama ilustrator Amerika dan artis pop, Donald Robertson. Flutterflies turut menampilkan Sofia Richie sebagai wajah kempen. Dikongsi oleh Robertson dan Weekend Max Mara, warna-warna cerah serta cetakan rama-rama yang ‘hidup’ menjadi motif ikonik.


       

Sebagai melambangkan usaha yang berterusan, Weekend Max Mara turut memperkenalkan koleksi Signature Capsule. Weekend Max Mara terdapat di 250 butik mono-brand dan juga gedung membeli belah terkemuka di seluruh dunia.

IKLAN
Share