Meganya! Bukit Bintang Kuala Lumpur Jadi ‘Runway’ Koleksi Raya LazLook, Lebih 10 Jenama Fesyen Terkenal Ditawarkan

Memeriahkan lagi bahang Aidilfitri yang bakal tiba tak lama lagi, Lazada Malaysia mencipta kelainan dalam mempersembahkan koleksi rayanya tahun ini.

Bukit Bintang Kuala Lumpur dipilih sebagai ‘pentas fesyen’ paling mega bagi Koleksi Raya LazLook yang penuh glamor.

Pentas fesyen sepanjang 500 meter itu menampilkan lebih daripada 10 jenama fesyen tempatan terkemuka. Koleksi ini ditampilkan secara live sebagai ‘lookbook’.

Secara tidak langsung, orang ramai dapat melihat koleksi ini secara dekat dan mendapat inspirasi gaya untuk lebaran nanti.

Dalam pertunjukan fesyen itu, lebih 50 model tampil bergaya di sepanjang Bukit Bintang dan catwalk menuju ke pentas finale yang terletak di CommonsKL @ BBPark.

Antara jenama eksklusif serta pereka fesyen terkenal yang terdapat dalam Koleksi Raya LazLook’ ialah Naelofar, Rico Rinaldi, Poplook, Gene Martino dan Petit Moi.

Antara rekaan menarik ialah baju kurung dan kebaya yang berinspirasi moden.

 

Acara disiarkan menerusi strim langsung LazLive dan bersiaran serentak di saluran media sosial Lazada Malaysia.

Turut dipaparkan di beberapa skrin digital LED out-of-home sekitar Bukit Bintang termasuk papan tanda CuBIG serta The Cube @ Bukit Bintang.

Acara gilang gemilang ini dianjurkan juga bagi menyemarakkan jam pertama Jualan Hebat Ulang Tahun ke-11 Lazada yang bermula sejak 3 Mac 2023 di seluruh Asia Tenggara.

Semua koleksi baharu yang ditampilkan boleh didapati di Lazada dan hanya perlu klik pada ikon LazLook.

Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona

IKLAN
Share