Fesyen

Cantik Dan Trendy! Ini 10 Sneakers Jenama Terkemuka Yang Menjadi Kegilaan Penggemar Fesyen!

Kriteria sneakers yang selesa dan trendy sering menjadi pilihan untuk digayakan. Terdapat banyak jenama-jenama di luar sana yang mengeluarkan rekaan sneakers yang moden seiring perkembangan teknologi masa kini. sneakers juga semakin mendapat tempat dan semakin hari kasut tumit ditinggalkan.

Kebanyakan ikon fesyen dan para supermodel mula menggayakan sneakers yang datangnya rekaan dari rumah-rumah fesyen ternama. Saingan diantara rumah fesyen mula ketara dalam mengeluarkan pelbagai bentuk, gaya sneakers yang lebih kepada berfesyen. Jom lihat 10 jenama sneakers yang menjadi buruan penggemar fesyen daripada rumah fesyen ternama.

1. Balenciaga

Mainan tompokan warna dan bentuk kasut Balenciaga ini paling penulis rasa ringkas dan mudah digayakan. Harga Balenciga Triple S hanya lebih kurang RM3,300 dan sold out di laman sesawang Balenciaga!

2. Louis Vuitton

Dari koleksi Musim Bunga/Panas 2018, sneakers terbaru Louis Vuitton LV Archlight Sneakers berharga RM4,500. Malah inilah sneaker paling trending.

3. Chanel

Sneakers trainers dari Chanel ini diperbuat dari kulit anak lembu dan berharga RM3,850.

4. Celine

Ringkasdan bersahaja! Sekali imbas dan nampak sama seperi kasut Converse. Harga sneakers ini bermula dari RM1,800.

5. Dolce & Gabbana

Sesuai untuk siapa yang suka gaya funky dan sarat. Sneakers ini lebih kurang berharga dari RM4,672.

6. Saint Laurent

Walaupun ringkas, harga sneakers ini agak mahal. Hanya sedikit coretan Saint Laurent dan ia berharga RM2,800 keatas.

7. Christian Louboutin

Sneakers dari Christian Louboutin juga tampil dengan tapak merah. Hampir kesemua koleksi sneakers CL diperincikan dengan stud, contoh yang ini harganya bermula dari RM3,000 hinga RM5,000.

8. Versace

Sneakers Versace mempertaruhkan rekaan klasik. Motif yang direka sinonim dengan gaya jenama ini. Ringkas, sama ringkas dengan harga yang anda boleh dapat RM1,200.

9. Givenchy

Harge kasut sukan dari jenama Givenchy ialah RM2,420. Jenama terkenal ini memamg terkenal dengan rekaan yang ikonik.

10. Gucci

Kalau anda lihat koleksi sneakers Gucci memang tidak banyak pilihan kecuali dari pilihan corak. Contohnya bagi sneakers dengan sulaman bunga ini berharga RM2,854.30.

IKLAN
Share