Ibu kepada pengacara dan pelakon jelita, Noor Neelofa Mohd Noor baru-baru ini kelihatan telah diraikan oleh keluarga dan sahabat handai sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-53.
IKLAN
Walaupun sudah menjengah ke usia 53 tahun tetapi kelibat Datin Noor Kartini Noor Mohamed ini nyata lebih muda daripada usia yang sebenar. Wanita yang mempunyai sembilan orang anak ini sentiasa tampil menawan dan mempunyai sejumlah 268 ribu pengikut di laman Instagram.
Rupa-rupanya minum air putih adalah rahsia kejelitaan wanita yang mesra disapa Datin Tini ini yang juga isteri kepada Dato’ Abdul Halim Khan.
“Sebenarnya, tiada sebarang petua yang saya amalkan. Saya hanya amalkan beberapa tip ringkas. Amalan penjagaan diri saya sungguh mudah. Setiap kali bangun tidur, saya akan terus menikmati secawan air putih.
“Saya pernah membaca satu artikel mengenai kebaikan minum air putih untuk penjagaan diri. Jadi saya mengamalkan untuk minum air putih sewaktu bangun tidur, sebelum mandi dan selepas mandi,” kata Datin Noor Kartini yang memiliki darah keturunan Pakistan-Arab.
Datin Noor Kartini juga mengamalkan sikap positif dalam kehidupan seharian. Tambahnya, “Saya tidak menyimpan sebarang perkara negatif di dalam hati. Saya anggap cerita negatif sebagai satu perkara yang tidak mustahak selain mahu sentiasa kekal positif.
IKLAN
Selain itu, bercakap mengenai elemen kecergasan, saya juga mengamalkan senaman ringan seperti pilates dan yoga. Saya juga sering berjalan-jalan di sekitar taman selama 30 minit untuk kekal aktif,” terang anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan ini.
IKLAN
Sumber: Astro Awani
Foto: Instagram @noorkartini & @noornabila
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Semalam NONA melaporkan berlangsungnya majlis resepsi persandingan Dr Amalina dan suami bersama bersama keluarga dan teman rapatnya di Equatorial Hotel Kuala Lumpur.
Sebelum ini, Dr Amalina Che Bakri sah bergelar isteri kepada seorng jejaka Inggeris, Alexander Charles dalam satu majlis ringkas yang berlangsung di Masjid Central London pada 31 Mac 2021.
Selain hadir meraikan Aidilfitri di tanah air, Dr Amalina juga sempat merancang dan mengadakan majlis perkahwinan di Malaysia selepas tertangguh sekian lama berikutan perlaksanaan perintah kawalan pergerakan di UK.
Mengayakan persalinan rona pastel hasil ilham Cosry, Dr Amalina dan suami turut diraikan dalam satu majlis resepsi bertempat di salah sebuah hotel terkemuka di ibu negara sambil dihadiri ramai rakan rapat antaranya Dr Beni Rusani, Dr Jaseem, Nicol David dan ramai lagi.
Tidak ketinggalan meraikan hari istimewa Dr Amalina sudah semestinya adik Ainul Mardhiah bersama keluarga yang menyarung persalinan berona hitam malah sempat bergambar bersama mempelai yang diraikan.
Selain kecomelan anak Dr Amalina, Arabella Mia sudah pastinya mata dan tumpuan tertarik kepada adik Ainul Mardhiah yang dilihat semakin membesar dan ceria.
Dan sudah pasti keluarga Ainul tidak melepaskan peluang bersama Dr Amalina yang menjadi salah seorang individu yang membantu adik Ainul Madhiah kembali sihat seperti sediakala.
Di laman Facebook ayah kepada Ainul, Ahmad Safiuddin turut berkongsi kisah bagaimana Dr Amalina yang bersungguh mahukan Ainul menghadiri majlis persandingannya.
“Sebelum majlis ini berlangsung, Dr Amalina selalu whatsapp isteri tanya Ainul boleh datang ke tak. Dr Amalina kata kami wajib datang. Beliau nak kami ada sekali dalam majlisnya.
Semalam petang pun sebelum event dia sempat whatsapp cakap ” kita jumpa malam ni ye “. Tak sabar nak jumpa ainul.
Walaupun jauh, dan dah 5 tahun berlalu, Dr Amalina sentiasa tanya keadaan Ainul secara personal.
Tahun lepas Dr Amalina ada balik Malaysia sekejap pun dia cuba curi masa untuk berjumpa dengan Ainul.
Semalam tak sempat nak ambil gambar Ainul & Bella. InshaAllah next time 😉
Alhamdulillah, apa pun dalam misi menyelamatkan Ainul dahulu, ramai orang orang baik yang Allah swt kirimkan untuk Ainul. Terlalu ramai sehingga saya tak mampu nak sebutkan satu per satu terutamanya rakyat Malaysia.
Tanpa bantuan rakyat Malaysia, misi ini mungkin tidak akan berjaya. Tanpa para doctors & professional, misi ini tidak akan berjaya. Tanpa doa-doa, misi ini juga tidak akan berjaya. Banyak pihak yang ambil peranan dalam misi itu dahulu dan kami sekeluarga sangat berterima kasih.
Semuanya saling memerlukan tanpa mengira pangkat, kaum & agama.”
Untuk rekap, ksah penderitaan Ainul Mardhiah mendapat perhatian ramai pihak termasuk Dr Nur Amalina Che Bakri yang membantu menjalankan pembedahan di London, United Kingdom (UK), bagi membuang tumor seberat 200 gram daripada mulutnya ketika kanak-kanak itu berusia sembilan bulan pada Jun 2019.
Ketumbuhan pada mulutnya mula membesar sejak dilahirkan dan dibuang sekumpulan pakar bedah dan anestetik, diterajui Ketua Unit Craniofacial hospital berkenaan, Prof David Dunaway.
NONA teruja melihat kehadiran adik Ainul Mardhiah yang hadir meraikan perkahwinan ‘hero’ hatinya. Semoga adik Ainul kekal sihat dan membesar dengan sihatnya.
Kredit foto: FB Ahmad Safiuddin
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Wow, mewahnya dekorasi rumah milik pasangan selebriti terkenal, Awal Ashaari dan Scha Alyahya ni! Memang terpegun sungguh melihatnya.
Bermula dari pilihan perabot, susun atur, warna sehinggalah pada temanya seolah-olah berada di sebuah hotel mewah bertaraf lima bintang!
Baru-baru ini, Awal Ashaari yang merupakan seorang pelakon dan hos tanahair berkongsi hantaran di akaun Instagram miliknya.
Selain koleksi foto ber’OOTD’ mereka sekeluarga, Awal turut berkongsi dekorasi rumah. Tenang dan segar je rasa bila melihat warna putih melatari segenap ruang rumahnya itu.
Video pendek berdurasi 18 saat yang dikongsikan itu memaparkan dekorasi rumahnya yang dihias cantik dengan perabot-perabot berjenama mewah termasuklah chandelier, pasu, aromaterapi serta gubahan bunga-bungaan dan pencahayaan di segenap ruang rumah.
Putih dan hitam menjadi warna dasar kepada kediaman mewah Awal dan Scha. So classy!
Betul-betul kena dengan personaliti dan jiwa pasangan yang terkenal dengan jolokan ‘ikon fesyen’.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata para pengikut dan peminat meluahkan rasa teruja dan kagum dengan keindahan dekorasi kediaman mewah Awal dan Scha.
Rakan-rakan artis tak ketinggalan turut meninggalkan komen. Malah, pelakon Janna Nick dilihat teruja dan bertanya secara spontan:-
Untuk info, Awal Ashaari dan Scha Alyahya sah bergelar suami isteri pada 4 Mei 2012. Kini usia perkahwinan bakal mencecah 11 tahun.
Semoga perkahwinan Awal dan Scha kekal bahagia bersama dua puteri mereka yang sangat comel iaitu Lara Alana (9 tahun) dan Lyla Amina (2 tahun).
Jom cuci mata tengok dekorasi rumah mewah Awal dan Scha.
Kredit Foto: IG Awal Ashaari, IG Scha Alyahya
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jika dihitung pencapaian anak jati kelahiran Pulau Pinang ini, memang tak terkira banyaknya. Meskipun namanya dalam industri sukan terkenal di seluruh dunia namun Datuk Nicol cukup merendah diri.
Nama Datuk Nicol Ann David menjadi bualan tidak hanya di dalam negara bahkan seluruh dunia apabila beliau merangkul gelaran berprestij Atlet Terunggul Sepanjang Zaman Sukan Dunia!
Menerusi undian yang dibuat secara dalam talian di laman web Sukan Dunia itu, ratu skuasy berkenaan mendapat 318,943 undi menewaskan 23 atlet lain dari seluruh dunia.
Dilahirkan pada 26 Ogos 1983, bekas atlet ini merupakan anak kepada Desmond David dan Ann Marie David. Beliau mempunyai dua beradik perempuan iaitu Lianne Marie dan Cheryl Therese.
Minatnya dalam sukan skuasy mula disedari bapanya ketika beliau berusia lima tahun. Difahamkan, ketiga-tiga beradik ini didedahkan dengan sukan berkenaan sejak kecil lagi.
Seawal usia 15 tahun, Datuk Nicol sudah berjaya mengharumkan nama negara di persada dunia. Kejayaan meraih pingat emas di Sukan Asia Pattaya, Thailand pada tahun 1998
menjadi pembakar semangat buat tokoh sukan ini untuk terus melakar pelbagai sejarah.
Sebelum itu pun, dia telah beberapa kali memenangi kejohanan peringkat antarabangsa Terbuka Junior Scotland Under-12 dan Kejohanan Hong Kong Under-13.
Sepanjang pembabitannya sebagai atlet skuasy, jaguh wanita ini merangkul gelaran Juara Dunia sebanyak 8 kali! Beliau kemudian mengumumkan persaraan pada tahun 2019.
Yang pasti, Datuk Nicol David merupakan antara atlet yang berpendidikan tinggi. Pada tahun 2019, beliau dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Sains Sukan dari Universiti
Sains Malaysia (USM).
Berkongsi momen istimewa itu, ujarnya, “I’m so honoured! Never thought I would get this. Thanks to USM for this Honorary Degree of Doctor of Sports Science.”
Biarpun meraih pelbagai kejayaan di pentas dunia tapi wanita lasak tersebut tetap setia menimba ilmu. Walau sudah bersara, beliau masih menjadikan ilmu sebagai keutamaan.
Tambahan pula pada akhir Januari 2021, Datuk Nicol berkongsi rasa teruja dan gembira selepas berjaya menamatkan pembelajaran secara dalam talian dalam Foundations of Positive Psychology, University of Pennsylvania!
“I never thought I would be studying after squash but I gave it a shot during the pandemic. I have always been interested in understanding more how our mind works for us and against us and this specialization has given me better insights and tools for understanding our thoughts better. Never too late to learn something new.”
Datuk Nicol yang meniti usia 40 tahun pernah menarik perhatian masyarakat ketika masih bergelar pelajar sekolah apabila beliau memperoleh keputusan cemerlang 7A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan 7A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Ramai mengagumi kepintaran jaguh sukan kebanggaan ini apatah lagi waktu itu dia sudah mula aktif dengan skuasy. Moga kejayaan bekas atlet kebanggaan negara ini terus menjadi sumber inspirasi ramai wanita!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rasa Mak Ajar Masak (RMAM) telah melabuhkan tirai pada 9 April yang lalu dengan perkongsian pelbagai resipi menarik oleh barisan selebriti tanah air. Program masakan sebanyak 22 episod berdurasi 30 minit ini telah disiarkan bermula 11 Mac lalu, setiap Isnin hingga Jumaat jam 7.00 malam di Astro Ria.