Cantik, Manis & Sesuci Ramadan! Inspirasi Gaya Mira Filzah Buat Ramai Wanita Tertawan

Tak berkelip mata memandang Mira Filzah. Aduhai manis berseri, berhias cincin, gelang, jam tangan dan rantai Swarovski. Definisi Ramadan buat ibu Wan Khair Amir tahun ini tambah bererti… Lebih elegan namun masih mengekalkan nada kesopanan dalam berfesyen.

Syaaban bakal pergi, berganti pula bulan Ramadan yang membawa rahmat dan maghfirah tidak terhingga. Pasti ramai yang ternanti-nanti kedatangan bulan ibadah ini dengan semangat, tak sabar untuk bertarawih di masjid, berbuka puasa beramai-ramai dan membuat persiapan Syawal yang bakal menjelma.

Dapat bertemu semula dan bermaafan, berkumpul sambil menjamu hidangan, ketawa serta melepaskan rindu, tentu meriah! Diserikan lagi dengan helaian baju tradisi, penampilan anda dengan kerlipan aksesori Swarovski pasti tambah dipuji.

Tahun ini juga, Swarovski melengkapi gaya raya anda dengan himpunan aksesori secantik gaya aktres popular Mira Filzah. Berusia 30 tahun, isteri kepada Wan Emir Astar ini dilihat sedang kembali ligat berlakon. Antara drama terbaharunya, ‘Imam Instant Ustazah Scammer’ yang kini rancak ditayangkan di saluran Astro.

 

Dulu berdua, kini bertiga. Tak puas mata memandang gaya Mira Filzah dalam kempen eksklusif Swarovski, cukup terserlah pesonanya sebagai seorang isteri, ibu, selebriti dan usahawan terkenal.

Dengan rekaan menakjubkan dalam nuansa kehijauan, seleksi Ramadan Swarovski menampilkan aksesori gelang tangan, rantai dan cincin yang mencipta statement fashion.

Ayuh semak inspirasi gaya Mira Filzah dalam aksesori menawan Swarovski ni…

Iconic Swan RM695

 

 

Manis menawan, kenakan kalung Swarovski dengan loket ikonik Swarovski Swan rona hijau kristal dan rantai bersadur rose gold. Sesuai dipakai sebagai perhiasan utama menyempurnakan gaya Ramadan anda (klik sini).

 

Iconic Swan RM795

 

Gelang bangle dalam rekaan paling menawan untuk perhiasan di pergelangan tanganmu. Masih mengekalkan rekaan ikonik Swarovski Swan rona hijau kristal dan rantai bersadur rose gold yang memikat (klik sini).

 

Millenia RM695

 

Bagi yang menyenangi gaya klasik, gelang bangle dengan batuan hijau berpotongan oktagon serta bertatahkan kristal jernih menyerlahkan kesucian Ramadan. Sesuai dipakai solo atau digandingkan dengan set koleksi Millenia sepadan (klik sini

).

 

 

Millenia RM665

 

Terkenal dengan rekaan ‘dancing stone’, rantai Millenia yang menawan ini diperbuat daripada batuan hijau potongan oktagon dengan bingkai bersadur rose gold bagi menaikkan seri malar segar. Sesuai untuk fesyen kasual mahupun pelengkap sentuhan pada musim Ramadan (klik sini).

 

 

Jam Tangan Attract RM1,900

 

Jam tangan Swarovski buatan Swiss dalam kemasan rose gold dan diperbuat daripada keluli tahan karat bertatahkan 251 batu kristal. Direka supaya menjadi perhatian mata, kenakan jam paling cantik ini sebagai petanda anda menghargai masa (klik sini).

 

 

Constella RM665

 

Seperti kerlipan bintang di jari-jemarimu, set 2 cincin Constella mengaplikasi keindahan Swarovski Zirconia dan saduran rose gold sebagai penyeri. Kenakan secara solo, bertindih dua atau di jari berasingan bagi mencipta gaya unik anda (klik sini).

 

 

Constella RM795

 

Terinspirasi daripada misteri angkasa lepas, rantai tangan ini direka khas untuk wanita dramatik dan feminin. Menggunakan rantai dengan batuan ‘brilliant cut’, rantai rekaan Pengarah Kreatif Giovanna Engelbert ini juga sesuai digandingkan dengan set dari koleksi Constella yang lain (klik sini

).

 

 

Angelic RM795

 

Klasik dan sofistikated, sempurna sekali digandingkan gelang koleksi ini dengan set dari keluarga Angelic yang lain. Dengan rona metal rose gold dan bertatahkan pave kristal, ia sesuai digayakan untuk pelbagai acara. Paling cantik jika dipadankan bersama jam tangan Swarovski untuk acara siang! (klik sini).

 

Swarovski yang merupakan jenama warisan Austria jelas memahami jiwa setiap wanita sempena kedatangan Ramadan ini. Mengambil inspirasi Mira Filzah, anda juga mampu tampil cantik dan berkarisma dengan himpunan koleksi Swarovski yang serba menawan.

Mudahnya, semua di hujung jari! Kini boleh pesan koleksi kesukaan anda dari rumah dengan melayari website Swarovski (klik sini).

IKLAN
Share