Pertandingan akhir Pencarian Dewi Remaja 2018/19 telah berlangsung. Lima orang Dewi akan berentap untuk merebut gelaran Dewi Remaja musim ini. Salah seorang Dewi yang bakal beraksi di pentas akhir adalah Tunku Affie Rania Tunku Fauzi. Lebih menarik apabila peserta yang berusia 19 tahun ini merupakan anak tunggal kepada Pemenang Tempat Ketiga, Pencarian Dewi Remaja 1987, Che’ Puan Datin Mimi Wahedah.

Che’ Puan Datin Mimi Wahedah beri galakan anak gadisnya sertai Dewi Remaja

IKLAN

Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Menurut Che’ Puan Datin Mimi Wahedah, anak gadis yang mesra disapa Rania itu pada awalnya enggan menyertai pertandingan tersebut. Namun, atas galakannya dan rakan-rakan, Rania menyahut cabaran. “Memang benar, pada mulanya Rania memang tidak mahu menyertai pertandingan ini. Nasihat saya kepada Rania, pengalaman yang diperoleh dalam pertandingan ini tidak boleh diperoleh di universiti ataupun di mana-mana.

Che’ Puan Datin Mimi Wahedah beri galakan anak gadisnya sertai Dewi Remaja

Menyertai pertandingan ini boleh membantu mendisiplinkan diri dan menempuh pelbagai cabaran yang berbeza. Sewaktu saya menyertai pertandingan Dewi Remaja dahulu, corak pemarkahannya bukan begini. Bagi saya pertandingan Dewi Remaja kini lebih mencabar apatah lagi bersiaran di televisyen sejak pencarian awal lagi. Namun, apabila Rania sudah berada di peringkat akhir, saya sudah cukup berbangga dengan pencapaiannya. Apa yang boleh saya katakan kepada Rania adalah setiap pertandingan ada kalah dan menang. Apa yang penting jangan memaksa diri and just be yourself,” bicara Che’ Puan Datin Mimi Wahedah.

Che’ Puan Datin Mimi Wahedah beri galakan anak gadisnya sertai Dewi Remaja

Menurut wanita yang berusia 50 tahun ini, Rania dididik sejak kecil lagi untuk berdikari. Setiap keinginan anak perempuannya perlu diusahakan sendiri. Apabila ditanya tentang persediaan Naib Presiden II PENIAGAWATI ini apabila anak gadisnya melangkah ke dunia glamor, “Saya sudah bersedia. Pada pandangan saya Rania juga sudah bersedia. Saya melihat perubahan drastik pada diri Rania. Dahulu dia seorang yang pemalu dan kini sudah pandai bergaul dengan orang ramai,” terang Che’ Puan Datin Mimi Wahedah.

Che’ Puan Datin Mimi Wahedah beri galakan anak gadisnya sertai Dewi Remaja

Che’ Puan Datin Mimi Wahedah telah mengikat ikatan perkahwinan dengan YM Tunku Dato’ Adj. Prof Sr Dr Fauzi Tunku Dato’ Abdul Malek Al Haj, kerabat diraja Kedah. Berkongsi tentang perkembangan kesihatannya, Che’ Puan Datin Mimi Wahedah baharu sahaja menjalani pembedahan membuang uterus dan ovarinya akibat fibroid. “Setelah melalui beberapa proses rawatan fibroid, akhirnya saya membuat keputusan untuk membuang uterus dan ovari ini. Ramai juga wanita yang berubah selepas membuang organ wanita mereka.

Che’ Puan Datin Mimi Wahedah beri galakan anak gadisnya sertai Dewi Remaja

IKLAN

 

Namun bagi saya itu semua adalah mind set masing-masing. Apa yang saya lakukan adalah menjadi positif dan gembira selalu. Selepas pembedahan saya banyak mengamalkan makanan yang sihat dan bersenam dengan berjalan di dalam kolam renang. Berjalan di dalam kolam renang ini membantu melancarkan peredaran darah. Saya tidak boleh melakukan senaman yang berat-berat lantaran pembedahan tersebut, jadi saya memilih cara untuk mengaktifkan diri.

Che’ Puan Datin Mimi Wahedah beri galakan anak gadisnya sertai Dewi Remaja

Selain itu saya juga bakal melancarkan Ready-to-Wear Turban. Perjalanan perniagaan ini banyak melibatkan bekas pesakit kanser. Bagi saya apa yang saya lakukan ini adalah untuk kepuasan diri sendiri,” ujarnya mengakhiri perbualan.

IKLAN

 

 

 

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI