Fesyen

Cipta Kelainan Di Kota Milan, Gaya Fesyen NEELOFA Jadi Buruan Lensa Kamera!

Gayanya tidak ubah seperti supermodel! Melangkah penuh yakin sambil menyarung busana berjenama mewah antarabangsa, pemergiaan Noor Neelofa Mohd Noor ke Milan, Itali bagi menghadiri Milan Fashion Week pada tahun ini benar-benar menarik perhatian. Tidak hanya menjadi buruan photographer di sana bahkan para peminat di tanah air juga sentiasa ternanti-nantikan gaya selebriti popular berkenaan.

Menerusi gambar yang dikongsikan Neelofa, setiap penampilannya di Milan Fashion Week didakap dalam persalinan pelbagai potongan dan warna. Tidak terlalu memilih stail yang eksentrik, sisi fesyen mogul yang ada dalam diri wanita berusia 31 tahun itu diserlahkan dengan padanan warna natural, di samping aksesori-aksesori minimalis.

Berikut beberapa gaya fesyen terbaik Neelofa sepanjang berada di Milan Fashion Week.

1. Ferragamo
Warna tanah liat dipilih bersepadan dengan hijab bagi menyerlahkan aura lady boss yang ada dalam diri Neelofa.

2. Versace
Pertama kali menghadiri acara Versace, Neelofa memberikan statement

mudah dalam trench coat biru serulean. Skarf berona hitam dan tas tangan kulit ular dipilih sebagai
pelengkap gaya.

3. Maxmara
Warna abu-abu meletakkan Neelofa sebaris dengan sosialit ternama, tetapi masih mencerminkan wanita dirinya sebagai wanita muslim timur menerusi penggayaan tudung
yang cukup sinonim dengan gaya wanita Melayu.

4. Fendi
Motif flora dengan rona musim luruh yang feminin, tetapi cukup ampuh untuk memaku mata khalayak di kota fesyen itu.

5. Prada
Padanan busana yang memberikan ilusi boxy, cukup mudah meletakkan Neelofa sebagai individu yang berani bergaya.

6. Bottega Veneta
Sekali lagi tampil dengan imej berani, Neelofa mengenakan busana all black ketika menghadiri pertunjukan Bottega Veneta.

7. Dior
Cantik, elegan dan minimalis. Pemilihan dress rona lembut yang mengetengahkan unsur alam semula jadi nyata sepadan dengan imej muslimah yang dibawa Neelofa!

IKLAN
Share