
Dari seorang pelakon kemudian aktif menyertai arena politik, kini Datin Anne Ngasri melangkah setapak lagi ke hadapan apabila dia memberanikan diri menceburi bidang perniagaan secara serius. Kalau sebelum ini dia sudah pun membuka rangkaian Kopi Saigon, kali ini Datin Anne melebarkan sayap perniagaan dalam bidang fesyen muslimah.
Tidak sekadar menjana pendapatan menerusi bisnes, isteri Datuk Mohd Sumali ini mahu menjadikan empayar perniagaan yang baharu dilancarkan sebagai medan yang memberi manfaat kepada masyarakat.
Majlis perasmian butik AN Bawal Exclusive Johor berlangsung penuh meriah pada 9 Ogos lepas. Datin Anne Ngasri atau nama penuhnya Naszriah Ngasri tampil berseri-seri dalam busana hitam sedondon dengan hijab yang digayakan.
Difahamkan personaliti ini memilih untuk membuka AN Bawal Exclusive Johor yang merupakan negeri kelahiran keluarganya sendiri. Lebih istimewa, perasmian butik ini disempurnakan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.
Akhirnya impian Datin Anne Ngasri untuk membuka butik tudung sendiri dimakbulkan Allah SWT. Menerusi perkongsian di media sosial, dia memanjat kesyukuran atas kurniaan rezeki dari-Nya.
“Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Saya berdiri di sini bukan kerana kuatnya saya, tetapi kerana doa dan tangan-tangan yang mengangkat saya.
AN Bawal Exclusive Johor bukan sekadar pembukaan butik — ia adalah permulaan niat yang tulus untuk membina sesuatu yang memberi nilai, bukan hanya kepada wanita, tetapi kepada ummah.
Apa yang kami usahakan ini adalah satu bentuk dakwah kecil melalui perniagaan — menyampaikan mesej kelembutan, ketekunan dan keindahan Islam melalui rekaan yang sopan dan eksklusif.
Saya percaya, perniagaan yang diberkati bukan hanya mengisi poket, tetapi mengisi hati, jiwa dan kehidupan insan lain. Dan jika ini jalanku menuju syurgaMu, Ya Allah, maka kuatkanlah aku bersama semua yang terlibat dalam perjuangan ini.”
Turut hadir menjayakan pembukaan rasmi AN Bawal Exclusive Johor ialah keluarga tersayang termasuk suami tercinta, ibu Datin Anne, Bell Ngasri, Darling Ngasri dan sahabat handai.
Datin Anne yang sebelum ini dikenali sebagai pelakon bergiat aktif dalam politik dan menjadi Exco Wanita UMNO Malaysia bagi 2023-2026.
Penglibatannya dalam bidang politik kian aktif selepas berkahwin dengan suami tercinta pada 2012.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Suri Harraz dan Nefa Naura.
Menerusi perkahwinan terdahulu, Datin Anne turut mempunyai tiga anak iaitu Abdul Warits, Abdul Wafri dan Nazharah Afroza.
Sementara suami pula memiliki seorang anak iaitu Suffian Akim dalam perkahwinan pertama.
Ogos tahun lalu, dia melakar pencapaian membanggakan apabila berjaya menggenggam Diploma dari Kuala Lumpur Business & TVET Institute (KLTVET).
Tudung cantik dan senang bentuk, beli di sini.
This website uses cookies.