Fesyen

Deena Aljuhani AbdulAziz, Puteri Arab Yang Ligat Di Dalam Dunia Fesyen Biarpun Dibesarkan Dalam Negara Konservatif

Kelibatnya di dalam dunia fesyen benar-benar mencuri tumpuan. Gayanya yang sangat stylish menarik perhatian jurugambar jalanan untuk membidik gambar cara beliau berpakaian. Wanita berusia 42 tahun ini merupakan bekas editor pertama bagi majalah Vogue Arabia.

Biarpun  jangka hayatnya bersama majalah tersebut bertahan hanya selama dua bulan atas dasar percanggahan pendapat dengan hala tuju yang dimahukan oleh pemilik jenama majalah tersebut, Conde Nast International, itu tidak menjadikan kilau bintang fesyennya malap.

Dibesarkan di Riyadh, Arab Saudi beliau sentiasa menggayakan garis panduan pemakaian yang ditetapkan oleh kerajaan negaranya, namun apabila ke luar negara beliau jelas sekali tidak takut untuk berpakaian mengikut stail fesyen moden yang terkini.

Beliau Memiliki Butik Fesyen Di Riyadh Dan Doha Yang Dinamakan D’NA.

Biarpun tidak mengenakan hijab, namun pilihan busana yang disarung masih sopan sesuai dengan status dirinya yang berada dalam keluarga diRaja Arab Saudi apabila berkahwin dengan Sultan bin Fahd bin Nasser pada tahun 1998.

Intuisi fesyen yang ada dalam diri beliau juga hadir dari latar belakangnya yang mana ketika muda beliau berulang alik antara California, Amerika Syarikat dek pekerjaan ayahnya yang terlibat dalam bidang ekonomi. Ketika membesar beliau menjadikan majalah-majalah fesyen dan juga menonton MTV yang memberikan beliau pengaruh budaya barat.

 

 

IKLAN
Share