
Pelakon terkenal Bollywood, Deepika Padukone, baru-baru ini melakar sejarah tersendiri apabila diumumkan sebagai pelakon wanita India pertama yang menerima bintang di Hollywood Walk of Fame.
Pengumuman rasmi itu dibuat oleh Hollywood Chamber of Commerce pada 2 Julai lalu menerusi siaran langsung global dari Ovation Hollywood.
Pelakon jelita ini tersenarai dalam kategori Motion Pictures bersama nama-nama besar seperti Emily Blunt, Timothée Chalamet, Demi Moore, dan Rachel McAdams.
Untuk rekod, Deepika memulakan karier lakonannya menerusi filem Kannada Aishwarya pada 2006.
Popularitinya kemudian melonjak menerusi filem ‘Om Shanti Om’ pada 2007.
Filem tersebut menembusi pasaran antarabangsa, manakala penampilan sulungnya dalam filem Hollywood “xXx: Return of Xander Cage” pada 2017.
Selain kejayaan dalam lakonan, Deepika juga dikenali sebagai ikon global dalam dunia fesyen.
Deepika turut menjadi wajah pertama India untuk jenama mewah seperti Louis Vuitton dan Cartier.
Pengiktirafan antarabangsa seterusnya yang pernah diterima Deepika ialah TIME100 Impact Award dan pernah mempersembahkan trofi Piala Dunia FIFA di Qatar pada 2022.
Dalam satu hantaran di Instagram, Deepika meluahkan rasa syukur dengan memuat naik satu perkataan ringkas: “Gratitude…” yang membawa maksud detik bersejarah itu bukan sahaja untuk dirinya bahkan industri perfileman India secara keseluruhan.
Majlis penganugerahan rasmi dijangka berlangsung dalam tempoh dua tahun akan datang.
This website uses cookies.