
Pejam celik pejam celik, tinggal beberapa hari saja lagi menuju ke bulan ibadah Ramadan Al-Mubarak. Kesempatan ini mungkin ramai yang sudah mula tercari-cari pakaian raya, almaklum bulan puasa nanti bolehlah fokus sepenuhnya untuk aktiviti tambah pahala. Nak mudah, beli saja di platform online seperti ZALORA – semuanya koleksi pereka pada harga berpatutan!
Setiap pengakhiran adalah permulaan yang baru. Bersama sisa kekuatan dan harapan untuk bangkit semula, ZALORA meraikan kempen #ZALORAYA2023 dengan lebih banyak himpunan sopan untuk musim perayaan.
Turut dilancarkan, ‘House of ZALORAYA’ yang mempamerkan semua koleksi pereka di bawah satu bumbung.
Selain pembelian melalui platform online, pelanggan di ibu kota juga boleh mengunjungi pop-up store ‘House of ZALORAYA’ dari 8 – 12 Mac 2023 ini di The Starhill Kuala Lumpur.
Di antara pereka yang terlibat adalah Maslea, Yadotsa, Syomirizwa Gupta, Lubna, TAS by Tom Abang Saufi, Zalia, Alia B, Afiq M dan NH by Nurita Harith.
Klasik dan moden! Jom tengok antara himpunan Maslea, Syomirizwa Gupta dan Alia B yang diperagakan dalam pertunjukan fesyen baru-baru ini…
MASLEA
SYOMIRIZWA GUPTA
ALIA B