Fesyen

Demi Merealisasikan Permintaan Pelanggan Langsungkan Pernikahan Semasa Tempoh PKP, Zaimi Zulkafli Hasilkan High End Mask!

Semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, banyak acara dan majlis perlu ditunda bagi memastikan rantaian wabak Covid-19 terputus. Malah, majlis pernikahan dan juga perkahwinan terpaksa ditangguh gara-gara krisis yang sedang melanda ini walaupun segala persiapan telah dipersiapkan.

Namun, baru-baru ini, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membenarkan pasangan yang ingin bernikah dalam tempoh PKP dengan melakukannya melalui sidang video. Walaubagaimanapun, ia harus mendapat kelulusan khas daripada jabatan tersebut.

Hal ini pastinya menjadi khabar gembira buat pasangan yang ingin mengikat ikatan pernikahan dalam tempoh PKP ini. Secara tak langsung, ia juga memberi ruang untuk pereka fesyen tanah air untuk terus menghasilkan busana buat bakal mempelai yang ingin melangsungkan pernikahan dalam tempoh ini.

Menariknya, busana yang direka oleh salah seorang pereka fesyen tanah air, iaitu Zaimi zulkafli didatangkan dengan mask yang cukup menarik. Menurut Zaimi idea untuk menghasilkan high end mask ini hasil perbincangan di antara pihak pengantin dan juga pereka fesyen.

“ Pihak pengantin agak sedih bila majlis pernikahan terpaksa ditangguhkan atas sebab Perintah Kawalan Pergerakan. Namun, apabila baru-baru ini Selangor membenarkan nikah kahwin melalui online, terus pengantin meminta saya untuk menghasilkan mask yang bersesuaian dengan busana nikah mereka.

Untuk rekaan mask ini, saya mengambil inspirasi daripada busana salah seorang pelanggan saya. Rekaan silhouettes mask ini direka bersesuaian dengan bentuk muka pengantin. Ukuran untuk menghasilkan mask ini juga dibuat melalui atas talian. Ia dilapisi dengan 5 material iaitu crepe silk, interfacing, filter woven , shantung silk dan French lace.

Untuk nampakkan lagi cantik untuk dipakai ketika majlis, Mask ini turut diperinci dengan jemaki, manik dan juga diamond. Ia direka hanya untuk hiasan dan boleh dicuci melalui basuhan tangan.

Tambah Zaimi lagi, sebaik nikah atas talian dibenarkan, pelanggan mula menanyakan pakej rekaan busana pernikahan dalam tempoh PKP.

“ Ramai juga pelanggan yang mula bertanyakan pakej busana pernikahan selepas nikah atas talian dibenarkan. Mungkin keadaan ini akan menjadi trend di Malaysia malah mungkin di seluruh dunia apabila majlis pernikahan yang boleh ditonton secara online.

Mungkin perkara ini membuatkan bakal pengantin ingin kelihatan cantik, classy dan kemas pada mereka yang menonton live pengantin ketika majlis pernikahan dijalankan. Selain itu, mungkin ketika proses PKP ini boleh memberikan memori yang tidak ternilai kerana jarang pasangan yang boleh merasai pernikahan atas talian yang boleh ditonton oleh satu Malaysia mahupun dunia.

Sebagai seorang pereka fesyen, Zaimi juga turut terkesan dengan keadaan semasa. Keadaan ini pasti memberikan impak yang mendalam buat bisnes yang diusahakan.

“ cabaran pereka fesyen sepanjang PKP amat mencabar dan memberi impak baru dalam industri fesyen terutamanya dari segi cara penyesuaian syarikat untuk menghadapi situasi ini. Banyak pekerja dalam industri fesyen ataupun tukang jahit kampung yang amat tekesan dari segi kewangan dan cara bekerja.

Tetapi cabaran ini memberikan kita untuk mencari solution bagi menyelesaikan masalah ini. Sebagai contoh, mengukur pelanggan melalui online iaitu mengajar pelanggan mengukur dengan tepat. selain itu masa inilah designer refresh dan ada masa untuk research dan berkarya semasa tempoh PKP.

Dalam tempoh PKP ini juga, para designer atau industri fesyen belajar untuk bersatu bagi membantu negara dari segi menjahit alat bantuan hospital iaitu baju PPE, tudung dan socks. walaupun bantuan kami tidaklah sevesar mana, sekurang-kurangnya ia dapat membantu pihak yang memerlukan, insyaallah.

IKLAN
Share