Ramai yang suka membaca tetapi sejauh mana minat membaca ini meresap ke jiwa golongan pertengahan? Atau kita sekadar ‘memaksa’ anak membaca sedangkan mak ayah sibuk dengan gajet di tangan!

Puan Emmy Hermina Nathasia binti Abdul Latif atau mesra dengan sapaan Emmy menerangkan, tabiat membaca di kalangan rakyat Malaysia semakin meningkat. Ini berita baik!

IKLAN

“Kajian interim tahun 2017 oleh Perpustakaan Negara Malaysia telah mendapati bahawa tabiat membaca rakyat Malaysia telah meningkat dari dua buah buku pada kajian tahun 1996 ke purata sebanyak 15 ke 20 buah buku setahun.”

Malah menurut Emmy lagi, senarai buku bahasa Malaysia yang mengungguli carta kebanyakannya bacaan umum ringan seperti genre travelog, motivasi, misteri, dan Islam, dengan genre cinta menggungguli takhta.

Susah Tarik Minat BACA BUKU? Tips Untuk ‘MIDDLE AGE’ Boleh Diguna Pakai!

Sebagai seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik, Emmy yang juga seorang aktivis buku mula menyintai buku sejak kecil lagi.

“Penerapan minat membaca dimulakan di rumah. Ibu saya sendiri merupakan seorang pembaca tegar. Saya dan adik dibesarkan dikelilingi buku, kami ada Book Corner sendiri di dalam bilik tidur. Ibu juga akan membacakan buku kepada kami sebelum tidur.

Saya percaya, kedua-dua faktor ini berjaya memupuk minat membaca saya sehingga menjadi pencinta buku yang aktif menyokong dan mempromosi kegiatan perbukuan, pada hari ini.

Saya mula membaca Reader’s Digest pada usia 10 tahun, dan buku-buku Danielle Steel, Sidney Sheldon dan novel-novel cinta Mills and Boons di usia 11 tahun. Dan sejak dari itu, saya tidak berhenti.”

Susah Tarik Minat BACA BUKU? Tips Untuk ‘MIDDLE AGE’ Boleh Diguna Pakai!

 

IKLAN

Emmy juga turut berkongsi tips untuk golongan middle age mulakan tabiat membaca.

Membaca e-book.

E-book merupakan medium buku elektronik yang boleh digunakan untuk membaca buku pada bila-bila masa dengan menggunakan telefon pintar. Di samping harga yang murah,  anda juga dapat menjimatkan masa dengan membeli secara dalam talian dan tak perlu ke kedai buku.

Tetapkan masa

IKLAN

Nasihat yang sering diberikan untuk memulakan dan memupuk disiplin membaca ialah dengan membaca 20 minit sehari. Waktu terbaik membaca ialah pada waktu pagi, kerana minda kita segar. Boleh juga ikut kesesuaian masa anda.

Pilih bacaan ringan dan santai

Pilih bahan bacaan yang anda minat Jika anda minat memasak, mulakan dengan membaca buku berkaitan genre masakan. Jika anda seorang ibu, mungkin anda mahu mulakan dengan bacaan mengenai tip keibubapaan. Jika anda seorang usahawan wanita, anda mungkin mahu membaca buku mengenai pengurusan kewangan dan perniagaan.

Chatuchak Weekend Market, Bangkok Thailand

Bersama Emmy dalam misi mencari buku-buku murah di Chatuchak Weekend Market Bangkok, ThailandTonton video penuh di https://youtu.be/MItcGNm9F_M

Posted by Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur on Thursday, 7 February 2019

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI