
Puspa Dewi Awet Muda Usia Lewat 50an
Melihat penampilan dan raut wajah wanita jelita ini pasti ramai yang tidak menyangka dia sudah pun meniti usia lebih separuh abad. Nama Puspa Dewi yang juga merupakan nenek kepada dua orang cucu berkenaan pernah menjadi bualan warga maya hingga digelar Nenek Tercantik di Indonesia.
Puspa bakal menyambut ulang tahun kelahiran ke-59 pada 26 September nanti. Namun pesona dan pembawakan diri usahawan ini tidak mencerminkan usia sebenar bahkan tampil awet muda.
Artikel https://www.nona.my/nenek-gorgeous-datin-noor-kartini-awet-muda-usia-57-urus-banyak-cabang-bisnes/
Nama Puspa Dewi mula menarik perhatian termasuk di Malaysia apabila foto dirinya menyambut ulang tahun kelahiran bertebaran di media sosial.
Waktu itu, dia berusia 50 tahun dan sama sekali tidak menyangka meraih perhatian luar biasa.
Menerusi hantaran di media sosial, Puspa mengajak golongan wanita agar mencintai diri sendiri dan berani mengejar cita-cita.
Titipnya, “Menjadi perempuan hari ini bukan hanya tentang cantik. Tapi tentang berani, mandiri dan tetap anggun dalam setiap langkah. Because true beauty is not just how you look, but how strong you stand.”
Di sebalik keanggunan dan kejayaan Puspa Dewi, ada seorang lelaki bergelar suami yang sentiasa menyokong minat isteri tercinta. 8 Mei lepas, figura ini menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-32 di samping suami iaitu Andreas Hadi.
Sempena ulang tahun perkahwinan, dua anak lelaki tersayang iaitu Dennis Hadi dan Daniel Hadi turut berada di sisi meraikan momen bahagia kedua-dua ibu bapa.
Bukan hanya dikurniakan suami dan anak-anak penyayang, Puspa juga bertuah kerana mempunyai dua orang cucu comel iaitu Neil dan Leeon.
Melihat perkongsian Puspa di media sosial, wanita ini gemar melakukan aktiviti sihat. Bersandarkan usia lewat 50an, stamina yang dimiliki Puspa setiap kali bersenam menjadi kekuatan semangat untuk tampil sihat sepertinya.
Puspa Dewi merupakan bekas pegawai di Bank Danamon Indonesia. Namun kini dia merupakan usahawan minuman fiber iaitu Flimty. Flimty mula berada di pasaran Indonesia pada tahun 2020.
Berbekalkan populariti, wajah cantik dan kesihatan Puspa, perniagaan yang diusahakan mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai. Apatah lagi anak sulungnya ialah pakar nutrisi dan kecergasan.
This website uses cookies.