Digelar “Power Dresser of the Year” BELLA HADID Wanita Paling Berpengaruh Dalam Berfesyen

Supermodel Bella Hadid sentiasa menjadi trendsetter dalam dunia fesyen. Gaya pakaiannya serta kebolehannya untuk suai padan sering mencuri perhatian.

Baru-baru ini, adik kepada Gigi Hadid ini telah diundi sebagai “Power Dresser of the Year” atau wanita paling berpengaruh dalam berbusana oleh aplikasi fesyen antarabangsa, Lyst, pada 2022.

 

Dipetik dari Vogue, pakaian yang dipakainya sentiasa mencetuskan peningkatan pembelian.

Semua pakaian yang Bella Hadid pakai pastinya mempengaruhi orang lain untuk mencari pakaian tertentu di laman web Lyst itu.

Sebagai contoh, pembelian korset meningkat sebanyak 70 peratus selepas dipakai oleh Bella Hadid pada pelbagai majlis.

Lyst turut melaporkan, item fesyen itu habis dijual dengan peningkatan 152 peratus dalam carian dan telah habis dijual pada aplikasi itu.

Walau tidak berada di pentas peragaan dalam busana pereka ternama, gaya Bella Hadid masih mencuri tumpuan.

Ini kerana, dia bijak melakukan pelbagai eksperimen pakaian mix and match supaya fesyennya kekal authentic serta stylish.

Jadi tidak hairanlah Bella Hadid terpilih sebagai Power Dresser of The Year

kerana gayanya yang hebat.

Kredit Foto: Instagram Bella Hadid

Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona

IKLAN
Share