Fesyen

Dihiasi Lebih 300,000 Variasi Jemeki & Dijahit Satu Persatu Menggunakan Tangan, Gaun Ini Seberat 8 KG!

Kalau diteliti proses untuk membuat gaun petang yang cukup mewah dan moden ini, dengan sepenuhnya perincian jemeki-jemeki dijahit menggunakan tangan satu persatu, tidak mungkin ia hanya berharga ratusan ringgit saja kan? Tidak keterlaluan, jika Nona katakan ia boleh mencecah sehingga puluhan ribu ringgit!

Apa yang menariknya lagi, gaun dicipta oleh dua orang pereka fesyen muda kian meningkat naik iaitu Amar Madfie dan dan Zeed Jameel daripada butik Amaze Atelier ini sebenarnya seberat 8 kilogram! Mana tidaknya, ia dihiasi dengan variasi lebih 300,000 butiran manikam, jemeki, sequin, dan permata perak pelbagai saiz serta diolah diatas sulaman renda!

Bahkan, teknik tambour beading pada bahagian hadapan panel gaun sahaja

mengambil masa selama 3 bulan untuk disempurnakan. Bukan itu sahaja, gaun ini juga diilhamkan daripada reka bentuk Jambatan Seri Wawasan di Putrajaya. Wow, memang AMAZEing!

Gaun yang dicipta dengan serba mewah, elegan dan penuh gaya pastinya tidak lengkap tanpa dipakai gadis yang memiliki susuk tubuh menawan dan langsing. Tuah buat Jane Teoh, wakil Malaysia dalam acara pencarian ratu cantik popular, The Miss Universe 2018, kerana dapat menyarung busana ini ketika pertandingan itu nanti di Bangkok, Thailand pada 17 Disember 2018!

BACA: Duo Amaze, Zeed Jamel dan Amar Madfie Jadikan Pengalaman Sebagai Guru Dalam Dunia Fesyen

IKLAN
Share