Dikurnia Adam Fateh Usia 50, Adam Corrie Syukur & Didik Anak Solat Berjemaah Walau Baru Umur 8 Tahun!

Terinspirasi dengan cara didikan Adam Corrie terhadap anak tunggal kesayangan. Meskipun anak tersayang, Adam Fateh Lee masih kecil namun pelakon ini tegas dalam memberi pendedahan ilmu agama Islam buat permata hatinya. 

Menerusi perkongsian Adam Corrie dalam temu bual eksklusif podcast Inspirasi Nona, usahawan Kopi Hut berkenaan meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan Adam Fateh Lee atau Fateh ketika berusia 50 tahun selepas sedekad menanti kehadiran cahaya mata.  

Artikel https://www.nona.my/miliki-12-cawangan-kedai-kopi-adam-corrie-terima-anugerah-tokoh-muallaf-atas-kejayaan-dalam-bisnes/

Adam Fateh Buah Hati Adam Corrie

Katanya, Fateh bukan hanya seorang anak yang baik tetapi juga mendengar kata. “10 tahun saya tunggu dia. Saya kahwin umur 40, saya masuk Islam umur 39, umur 50 baru saya dapat Fateh.

Saya belajar macam mana karakter anak saya ni, Adam Fateh. Sebab mood dan karakter dia hari-hari tak sama. Saya tegas bukan semua benda, tapi saya tegas dalam bab solat. Dia setiap hari kena solat jemaah dengan saya walaupun dia 8 tahun. 

Tapi sebenarnya kita nak ajar dia solat 10 tahun. Tapi dia dah boleh baca Al-Fatihah, dah boleh baca Tahiyat Akhir, saya suruh dia berjemaah dengan saya. Tapi subuh memang taklah. Memang susah. Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak insyaAllah.”  

Didik Adam Fateh Solat Berjemaah

Tambah Adam Corrie, pada mulanya dia agak bimbang Fateh sukar untuk menerima didikannya untuk mengerjakan solat. Bagaimana pun, anak kecil ini menunjukkan perkembangan positif apabila diminta untuk sembahyang secara berjemaah.  

“Tak sangka, saya ingat saya susah nak ajar dia solat. Lepas tu bila saya panggil ambil wuduk untuk solat, dia okay.

Dia ambil wuduk dan solat dengan saya. Alhamdulillah, saya rasa macam lega.

Bukan nak bangga cuma at least saya didik anak saya solat. Daripada saya didik anak saya kepada benda lain.  

Bila dekat rumah saya cakap, rumah ini rumah orang Islam. Saya bagi tahu rumah orang Islam kita wajib solat. Kadang-kadang dia tanya kenapa kena solat, bila datang malas dia lah.

Saya cakap ini rumah orang Islam. Orang Islam, kita wajib solat lima waktu. Kalau dia tak ikut, saya marahlah. Belum lagi tahap pukul. Belum lagi tahap untuk rotan. Dia baru 8 tahun. Seboleh-bolehnya saya tak nak ‘sentuh’ dia. Tapi saya tegas.  

Benda lain saya boleh je tolak ansur. Saya bagi zaman dia. Dia nak main lumpur ke, dia nak main hujan ke, dia nak main dengan kawan-kawan dia, pergi. Saya cakap, Fateh main macam mana sekalipun pukul 7 kena balik. Fateh kena balik, mandi dan bersiap untuk solat Maghrib.”  

Figura ini mendirikan rumah tangga dengan Fazema Mohd Fuad pada 21 November 2008. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki diberi nama Adam Fateh Lee yang kini berusia lapan tahun.  

Semoga rumah tangga Adam Corrie bahagia sampai ke syurga dan didikan agama yang baik terhadap anak kesayangan, Adam Fateh Lee menjadi ikutan kepada kaum ibu bapa serta suntikan inspirasi.  

Share
Published by
Suzi