Fesyen

Diperbuat Daripada Emas Asli & 236 Butir Berlian, THE PASSION DIAMOND SHOES Bernilai RM70 Juta!

Kasut bukan sahaja sebagai aksesori, malahan dapat memberi mood dan menyerlahkan lagi penampilan seseorang wanita itu agar tampil lebih bergaya. Lagi-lagi apabila rekaan kasut tersebut dihiasi dengan emas, sutera serta berlian dan nilainya mencecah sehingga puluhan juta Ringgit Malaysia!

Kasut tumit tinggi yang dikenali dengan nama The Passion Diamond Shoes itu bernilai RM 70 juta dan memegang rekod baharu sebagai kasut termahal di dunia setelah berjaya menewaskan kasut tumit tinggi Debbie Wingham yang dijual dengan harga RM 60 juta sebelum ini.

Sebuah hotel yang satu-satunya bertaraf 7 bintang di dunia, Burj Al Arab di Dubai menjadi lokasi utama untuk jualan kasut ini dibuka kerana umum mengetahui penduduk di Dubai dihujani dengan hartawan dan jutawan! Memang sesuai la pemilihan lokasi tersebut kerana hanya orang yang betul-betul kaya sahaja mampu untuk memiliki kasut puluhan juta ringgit ni.

Apa yang menariknya lagi, setiap perincian dihasilkan dengan begitu teliti sehingga logo di bahagian dalam kasut mewah rekaan Jada Dubai ini juga diperbuat daripada emas yang sangat halus dan nipis agar si pemakai selesa apabila berjalan. Selain itu, 9 bulan masa diperlukan untuk menyiapkan kasut yang berwarna emas ini. Kasut ini juga diperbuat daripada sutera, 236 butir berlian dan dua butir berlian D masing-masing bersaiz 15 karat!

Bahkan, prototype asli dan  kasut ini bersaiz 36 Euro atau 5. Kasut seumpama ini juga hanya akan dihasilkan mengikut saiz selepas pelanggan membayar harga penuh sahaja.

umber gambar: ecns.cn

IKLAN
Share