Suatu ketika dulu penyanyi era-90an Elda Susanti pernah popular dengan genre dangdut. Antara lagu hitnya ialah ‘Yang Ku Sayang’ dan ‘Kau Penggoda’.

Amal Makan Jamu Sejak Zaman Anak Dara RAHSIA Langsing IBU ANAK 7 IniAmal Makan Jamu Sejak Zaman Anak Dara RAHSIA Langsing IBU ANAK 7 IniPada tahun 2002 Elda Susanti mula menyepikan diri dari industri seni sehinggalah 15 tahun kemudiannya dia membuat kemunculan semula dengan single duet berjudul ‘Bahtera Impian’ ciptaan Allahyarham Pak Ngah dengan genre world music dan etnik kreatif.

IKLAN

Amal Makan Jamu Sejak Zaman Anak Dara RAHSIA Langsing IBU ANAK 7 IniAmal Makan Jamu Sejak Zaman Anak Dara RAHSIA Langsing IBU ANAK 7 IniAmal Makan Jamu Sejak Zaman Anak Dara RAHSIA Langsing IBU ANAK 7 IniAmal Makan Jamu Sejak Zaman Anak Dara RAHSIA Langsing IBU ANAK 7 Ini

Amal Makan Jamu Sejak Zaman Anak Dara RAHSIA Langsing IBU ANAK 7 Ini

Kini naib juara Dangdut Star terbitan Astro ini masih aktif dalam aktiviti seni dan segala urusan kerjayanya diurus sendiri oleh suami yang merupakan bekas pemain drum kumpulan Rio, Syed Tawfik Syed Salleh.

Amal Makan Jamu Sejak Zaman Anak Dara RAHSIA Langsing IBU ANAK 7 IniAMALKAN JAMU SEJAK REMAJA
Dalam usia 38 tahun Elda Susanti sudah pun bergelar ibu kepada 7 orang anak berusia 16, 13, 12, 9, 7 dan 2 tahun, serta seorang bayi berusia 3 bulan. Kala ditanya apa rahsianya kekal langsing sama seperti zaman anak dara, ini jawapan Elda Susanti.

Amal Makan Jamu Sejak Zaman Anak Dara RAHSIA Langsing IBU ANAK 7 Ini“Menjaga kesihatan dan pemakanan sangat penting bagi seorang wanita lebih-lebih lagi ketika berpantang. Makan ikut waktu dan elak makanan berlemak serta berminyak. Kurangkan juga minuman berais.

Saya juga pengamal makanan tradisional. Pilihan utama saya semestinya jamu kampung buatan ibu mertua. Kalau nak tahu, saya turut menjual jamu tradisi khas buat wanita dan lelaki. Selain itu, ulam-ulaman ‘wajib’ ada dalam hidangan saya setiap hari. Kadang saya curi masa untuk bersenam walau sekejap.

Amal Makan Jamu Sejak Zaman Anak Dara RAHSIA Langsing IBU ANAK 7 Ini

CABARAN IBU ANAK RAMAI
Sebagai ibu anak 7 saya susun masa sebaik-baiknya agar teratur. Saya mempunyai 6 anak perempuan dan seorang anak lelaki. Cabarannya ketika awal-awal mereka nak membesar serentak. Letihnya hanya Tuhan yang tahu.

IKLAN

Kini alhamdulillah anak sulung dah remaja dan banyak membantu. Anak-anak juga tak banyak karenah. Mungkin sudah terdidik dengan cara berdikari.

Amal Makan Jamu Sejak Zaman Anak Dara RAHSIA Langsing IBU ANAK 7 IniDari segi didikan saya buat mereka seperti kawan agar mereka dapat luahkan perasaan dan masalah. Be a good listener buat anak-anak. Terap kepercayaan dan kasih sayang kepada seluruh ahli keluarga. Pada masa sama saya tegas dalam segala hal lebih-lebih lagi tentang solat dan hukum agama.

Amal Makan Jamu Sejak Zaman Anak Dara RAHSIA Langsing IBU ANAK 7 IniDari segi pendidikan saya cukup tegas. Hormati guru dan cari ilmu tanpa jemu agar berjaya dunia akhirat. Alhamdulillah anak sulung kini menuntut di sekolah berasrama penuh di Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur, dan yang kedua pula sekolah berasrama penuh di SMK Aminuddin Baki Kuala Lumpur.

IKLAN

Amal Makan Jamu Sejak Zaman Anak Dara RAHSIA Langsing IBU ANAK 7 IniAmal Makan Jamu Sejak Zaman Anak Dara RAHSIA Langsing IBU ANAK 7 IniHarapan saya agar mereka berjaya menjadi insan disegani, memiliki sahsiah yang baik, membanggakan keluarga, agama dan negara.”

17 TAHUN BAHAGIA BERSAMA SUAMI
Walaupun beza usia Elda Susanti dan suami 16 tahun namun mereka kekal bahagia bersama. Kini hampir 17 tahun usia perkahwinan mereka. Memiliki suami yang berusia 54 tahun menjadikan Elda Susanti seorang isteri dan ibu yang matang.

Amal Makan Jamu Sejak Zaman Anak Dara RAHSIA Langsing IBU ANAK 7 Ini“Untuk kekal bahagia, suami isteri perlu saling melengkapi kerana kita tak sempurna. Saling menghormati dan komunikasi sangat penting. Jangan diam jika ada sesuatu yang janggal. Berterus terang lebih baik tapi cari masa yang sesuai.

Hormati keluarga pasangan dan tunjuk kasih sayang depan anak-anak. Pertuturan yang baik menjadikan keluarga aman damai,” kongsi Elda Susanti yang kini bergelar warga pendidik sebuah sekolah agama di Lembah Kelang. Dia juga mengusahakan bisnes makanan dan jamu tradisi secara sambilan.

Amal Makan Jamu Sejak Zaman Anak Dara RAHSIA Langsing IBU ANAK 7 IniAmal Makan Jamu Sejak Zaman Anak Dara RAHSIA Langsing IBU ANAK 7 IniKredit Foto: Instagram @eldasusanti_official

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI