Berita

Elegan Dengan Busana Sarat ‘Code’ Diraja, Kemunculan Putera Mateen & Anisha Di Royal Ascott Jadi Tumpuan

Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam baru-baru ini menghadiri acara Royal Ascot 2025 di Ascot, England.

Kedua-duanya tampil elegan dengan busana yang sarat dengan code

diraja.
Kredit Foto: Instagram @tmski

Putera Mateen menyarungkan jaket labuh berpotongan oval di bahagian belakang yang dipadankan dengan seluar kelabu berjalur, vest, tali leher, kemeja serta sapu tangan satin berwarna krim di dalam poket jaketnya.

Sementara Anisha pula tampil memukau dengan persalinan blazer

putih bertali pinggang hitam dan topi.

Jadi Tumpuan

Kehadiran pasangan diraja ini di Royal Ascot 2025 menarik perhatian ramai.

Sejak berkahwin pada Januari 2024, Putera Mateen dan Anisha sering muncul bersama di majlis-majlis awam sama ada berkaitan kenegaraan, lawatan diplomatik mahupun aktiviti-aktiviti peribadi seperti perlawanan sukan.

Mereka sering dilihat serasi Bersama sekaligus melambangkan keharmonian sebagai pasangan suami isteri.

BACA JUGA: Hampir Setahun Jadi Suri Hati Putera Mateen, Terserlah Wajah Bahagia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah!

Share
Published by
Amy Mohd