Berita

EZLISA LOY Kini Bergelar Isteri Kepada Hafiz Azizi Dengan Sekali Lafaz

29 Jun 2025 menjadi tarikh keramat buat pelakon yang juga adik kepada selebriti terkenal, Elfira Loy iaitu Ezlisa Loy apabila sah bergelar isteri kepada pilihan hatinya, Hafiz Azizi dengan sekali lafaz.

“Alhamdulillah we’re officially husband and wife.”

EZLISA LOY Kini Bergelar Isteri Kepada Hafiz Azizi Dengan Sekali LafazEZLISA LOY Kini Bergelar Isteri Kepada Hafiz Azizi Dengan Sekali Lafaz
Kredit Foto: Instagram ezlisaaloy
Kredit Foto: Instagram jaja_a

Memetik perkongsian di Instagram milik sahabat Ezlisa yang dikenali sebagai Jaja Anuar, pasangan sama cantik sama padan itu memilih International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sebagai lokasi pernikahan.

“Alhamdulillah, Barakallahu Lakuma. Tahniah Kak Cik @ezlisaaloy & Hafiz on your wedding today.

“May Allah bless everything for you two and shower His blessings upon the two of you.

“May Allah bring you together in everything that is good, Aamiin.”

BACA JUGA: Adik Elfira & Pandai Buat Pastri, Berusia 29 Tahun Ezlisa Loy Bakal Akhiri Zaman Bujang Tak Lama Lagi!

Menjengah ke Instagram Elfira Loy pula, masih tiada sebarang perkongsian berkenaan majlis tersebut namun terdapat beberapa video yang menunjukkan persiapan hari bahagia adik kesayangannya itu.

Kredit Foto: Instagram elfiraloy

Meriah & Eksklusif

Majlis pernikahan Ezlisa atau nama penuhnya Nurul Ezlisa Loy Ahmad Sabri yang kini berusia 29 tahun, berlangsung cukup meriah dan turut dikongsi secara ‘live’ oleh perancang perkahwinan mereka iaitu Sanggul Event dan Kunyahan (Wedding & Party Stall Stylist).

Majlis penuh bermakna itu turut disaksikan oleh ahli keluarga, kenalan rapat serta saudara terdekat kedua-dua pasangan pengantin.

Dalam majlis itu, Ezlisa menerima mas kahwin sebanyak RM300.

Untuk info, Ezlisa dan Hafiz mengikat tali pertunangan pada 27 April 2024.

Semoga ikatan suci yang dibina oleh Ezlisa dan Hafiz ini kekal bahagia sampai syurga.

Share
Published by
Amy Mohd