
MashaAllah, sangat bangga dan terharu dengan usaha yang dilakukan oleh pempengaruh dan aktivis terkenal, Farah Lee untuk khidmat sosial dalam misi kemanusiaannya ini.
Semoga ianya diberkati dan dilimpahi pahala yang berpanjangan atas segala kebaikan yang diusahakan.
Di platform media sosialnya, Farah Lee memuat naik hantaran di mana dia berkongsi perkembamgan terkini misi kemanusiaannya di Afghanistan.
Berkat sumbangan masyarakat Malaysia, Farah Lee dapat mereaslisasikan matlamat utama misi.
“Sebaknya bila tengok #myKAMPUNGbaghlan dah hampir siap. Ini semua hasil sumbangan korang semua. Terima kasih Malaysia,” kongsi Farah Lee dengan penuh rasa syukur.
Projek ini merupakan antara misi kemanusiaan yang amat dekat di hati beliau, bertujuan membantu keluarga daif di Afghanistan mendapatkan tempat tinggal yang selamat dan selesa.
Menurut Farah Lee, sebanyak 10 buah rumah telah siap dibina dan 10 buah lagi sedang dalam proses akhir pembinaan.
Setiap rumah dibina dengan penuh kasih dan perhatian lengkap dengan satu dapur, satu tandas, satu ruang bersama serta satu bilik tidur bagi setiap keluarga penerima manfaat.
“Alhamdulillah, 10 buah rumah dah siap dan 10 buah lagi dah hampir siap. Projek ini kami gerakkan selepas tengok sendiri ramai sangat keluarga di Afghanistan yang tinggal dalam rumah bawah tanah yang dikorek sendiri, sempit, tak selesa dan berisiko tinggi,”
jelas Farah Lee.Dia menambah, “InshaAllah sikit je lagi sebelum kami akan bawa masuk 20 buah keluarga yang daif ke rumah baru mereka.
“Setiap rumah ada satu dapur, satu tandas, satu common area dan satu bilik tidur. InshaAllah selesa untuk sebuah keluarga, tak perlu kongsi dah dengan keluarga lain.”
Usaha Farah Lee dalam projek #myKAMPUNGbaghlan ini bukan sahaja mengubah kehidupan puluhan keluarga di Afghanistan, malah menjadi inspirasi kepada masyarakat untuk terus menyalurkan bantuan dan kasih sayang sesama manusia tanpa mengira sempadan negara.
Ibu kepada seorang cahaya mata ini membuktikan bahawa keikhlasan dan tindakan kecil yang konsisten mampu membawa perubahan besar dalam kehidupan insan lain.
Semoga segala usaha Farah Lee dan pasukannya dalam misi kemanusiaan ini terus diberkati dan memberi inspirasi kepada masyarakat Malaysia untuk terus berbuat baik serta membantu mereka yang memerlukan.
This website uses cookies.