Fesyen

Fashionista, Jangan Sarung Sebarangan SELUAR DENIM! Anda Wajib Tahu Potongan Sesuai Dengan Bentuk Tubuh

Denim adalah gaya paling unggul dan mudah untuk digayakan ke mana saja. Setiap wanita pastinya mempunyai sehelai atau lebih seluar denim di dalam almari tidak kiralah dari gaya skinny hingga ke gaya high waist. Namun, tahukah anda jeans apa yang paling sesuai untuk bentuk badan anda? Nona kongsikan tip dan potongan denim yang paling sempurna buat anda.

  1. STRAIGHT LEG

Denim jenis Straight Leg

 cukup sesuai digayakan untuk wanita yang mempunyai kaki agak pendek. Ia juga sesuai dipakai pada waktu siang dan malam kerana memberi ilusi yang membuatkan kaki anda tampak kurus dan panjang. Gayakan bersama kasut bertumit tinggi untuk tampil lebih menawan.

  1. BOOT CUT

Denim jenis Boot cut boleh digayakan untuk semua jenis bentuk badan. Selain memberi ilusi langsing buat si pemakai, seluar denim jenis ini mampu memberikan penampilan anda tampak  lebih tinggi. Tidak rugi  sekiranya mempunyai koleksi denim Boot Cut lebih daripada satu.

  1. SKINNY

Denim jenis ini menyerlahkan bentuk kaki dan sesuai digayakan dengan kasut tumit tinggi mahupun flats

. Sesuai dengan namanya, denim Skinny amat tepat buat wanita yang mempunyai kaki dan peha yang langsing.

  1. ANKLE LENGTH

Denim Ankle length pula sepadan untuk mereka yang bertubuh boyish atau petite. Denim jenis ini bakal memberikan ilusi seimbang buat bentuk tubuh anda. Selain itu, dengan potongan denim ini, ia akan menyerlahkan kasut yang anda sarungkan.

  1. TROUSERS CUT

Untuk wanita yang mempunyai bentuk  peha yang besar, denim jenis Trousers Cut paling sempurna untuk digayakan. Denim jenis ini akan memberikan ilusi peha yang lebih kecil dan seimbang.

  1. HIGH WAIST

High-waist sesuai untuk mereka yang mempunyai potongan badan yang lurus dan kurang menarik. Denim ini akan menjadikan bentuk anda tampak menarik dan lebih sofisikated. Ia juga sesuai digayakan ke mana sahaja.

 

 

 

 

 

 

IKLAN
Share