Hiburan

Fathia Latiff Inspirasi Wanita, Jelita Dan Punyai Bakat Besar! Definisi Sebenar ‘Beauty With Brain’

Seawal pembabitannya dalam dunia seni lagi, ramai terpikat dengan kejelitaan Nur Fathia Abdul Latiff. Mana tidaknya, bukan hanya berbakat besar sebagai pelakon, dia juga bertuah kerana dikurniakan rupa paras cantik dan bijak orangnya.

Berusia 36 tahun, pelakon cantik bertubuh tinggi lampai ini merupakan anak kepada pasangan Abdul Latiff Tahir dan Badriyah Hassan. Fathia juga anak sulung daripada empat beradik iaitu Nur Farhana, Muhammad Ilham dan Dr Nur Fasiha.

Fathia Berasal Dari Keluarga Baik-Baik & Terpelajar

Selain berbakat sebagai pelakon, wanita cantik ini pernah bergelar model dan ada bakat menyanyi.

Masih ingat lagi waktu Fathia dilantik menjadi Duta Haruman Avon sekitar tahun 2015. Dia mengejutkan hadirin dengan kelunakan suaranya pada majlis berkenaan. Talented sungguh!

Kebelakangan ini nama Fathia menjadi bualan warga maya dek kerana perubahan wajahnya selepas melakukan rawatan estetik.

Bagaimana pun, figura popular tersebut berbangga dan yakin dengan wajahnya hari ini selain enggan mengendahkan persepsi negatif masyarakat terhadap dirinya.

Fathia Latiff Lulusan Undang-Undang Punyai Bakat Besar!

Graduan undang-undang dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) ini sudah hampir 14 tahun menjadi anak seni. Drama sulung lakonan Fathia ialah Nur Kasih dan dia turut pernah membintangi filem Nasi Lemak 2.0 dan Darah Panas.

Adik Fathia iaitu Dr Fasiha mendedahkan kepada Nona, kakak tersayang seorang yang pemurah dan tidak berkira dengan keluarga.

Tidak hanya itu, aktres berkenaan juga cukup mengambil berat mengenai adik-beradik, suka makan dan boleh bermain piano walau tidak pernah mengikuti kelas muzik.

Bersandarkan bakat yang ada, Fathia berjaya merangkul anugerah Pelakon Filem Wanita Popular menerusi filem Darah Panas di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-29.

Fathia juga pengasas jenama Manis by Fathia Latiff.

Sekadar infor artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA

Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!

Sumber: Instagram Fathia Latiff

IKLAN
Share