Fesyen

Fesyen PAKAIAN BERCORAK Semakin Digemari, Tapi Kena Pakai Dengan Cara Yang Betul. Ini Tipnya!

Arus fesyen bergerak cukup pantas dan menjadikan trend fesyen dunia semakin menarik.  Perkara ini membuatkan wanita diluar sana semakin berani dalam berekspremintasi dengan pelbagai gaya fesyen. Jika dahulu ramai yang gemar memilih warna-warna selamat seperti warna natural namun kini wanita semakin gemar tampil dengan gaya yang berubah-ubah mengikut peredaran dunia fesyen masa kini.

Salah satu trend yang menjadi penggemar fesyen ialah menggayakan pakaian bercorak. Menyuai padan helaian yang bercorak dan tekstur yang berlainan adalah satu perkara yang menyeronokkan di dalam dunia fesyen. Walau bagaimanapun ianya sedikit berisiko jika tersalah menyuai padankannya. Jangan takut untuk melakukan percubaan. Ini kerana jika kena dengan cara yang betul ia mampu menghasilkan kelainan pada penampilan dan personaliti diri.

Jom lihat 5 tip menggayakan pakaian bercorak yang sesuai dan sempurna.

 

1. HELAIAN BERCORAK LEMBUT ATAU HALUS

Kadang kala memilih corak yang lembut dalam fesyen adalah idea yang bagus. Misalnya anda menggayakan kardigan bercorak bunga kecil dengan skirt kembang polos. Boleh juga menggayakan corak kosong untuk baju, corak garisan lurus untuk seluar dan corak bunga untuk tudung.

 

2. WARNA SENADA DENGAN PAKAIAN

Jika anda ingin memakai baju bercorak bunga, abstrak dan sebagainya, padankan seluar/skirt corak kosong warna senada dengan baju. Jangan sesekali memakai baju corak bunga, seluar dan tudung juga bercorak. Apabila semua yang dipakai bercorak, ia hanya akan nampak berserabut.

 

3. SEIMBANGKAN DENGAN RONA POLOS

Jangan sesekali menggunakan helaian corak yang berbeza. Suntik sedikit helaian rona polos. Terlalu banyak corak dalam satu gaya sebenarnya ia membuatkan anda tampak lebih sarat dan berlebih-lebihan.

 

4. PILIH MOTIF YANG TIDAK BERLAWAN ANTARA SATU SAMA LAIN

Pastikan anda tidak menggandingkan pakaian dengan corak bunga-bungaan dengan corak kotak-kotak. Amat tidak sesuai sekali untuk dipadankan bersama dalam satu persalinan. Cuba gunakan corak yang kecil dan satu lagi helaian dengan corak yang lebih sedikit corak agar serasi antara satu sama lain. Sebenarnya idea yang baik dalam menggayakan helaian dengan dua corak berbeza dalam berfesyen asalkan ia masih dalam rona keluarga yang sama.

 

5. PILIH SATU MOTIF YANG SENADA

Jika anda mahu berfesyen dengan helaian bercorak, anda harus memastikan yang ianya bercorak yang sama atau berkaitan. Kontra dalam berfesyen adalah sesuatu yang unik tetapi pastikan ianya kekal sebati bersama apabila disuai padan, jadi tidaklah ia akan tampak janggal di mata khalayak ramai.

IKLAN
Share