Berbicara tentang tema fesyen pasca pandemik, siapa lagi yang lebih layak memberikan pendapat kalau bukan pereka fesyen sendiri. Nona mendekati Alice Jane, pereka atau komposer fesyen A-JANE yang sering mempersembahkan himpunan di London Fashion Week 2018-2020 dan Kuala Lumpur Fashion Week 2017-2020.

Menurut Alice yang merupakan graduan Neue Musik dari Jerman, beliau mempunyai pandangan yang tersendiri tentang bagaimana wanita harus meraikan fesyen normal baharu.

IKLAN

“Fesyen Baju Ketat Dah Berlalu, Sekarang Orang Suka Baju Bebas & Selesa Saja” Pereka Alice Jane

“Fesyen Baju Ketat Dah Berlalu, Sekarang Orang Suka Baju Bebas & Selesa Saja” Pereka Alice Jane

 

TREND NORMAL BAHARU

Busana yang selesa dan berpotongan oversized bagi menggantikan rekaan yang ketat atau melekap di tubuh. Sewaktu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, semua orang terkurung di rumah untuk satu jangka masa yang lama. Jadi kini ramai yang memulakan kehidupan semula dan menikmati kebebasan itu dengan pakaian selesa.

“Fesyen Baju Ketat Dah Berlalu, Sekarang Orang Suka Baju Bebas & Selesa Saja” Pereka Alice Jane

 

FABRIK PILIHAN
Rekaan oversized menekankan soal bentuk dan struktur busana, jadi fabrik kapas yang agak tebal dan crispy adalah pilihan terbaik. Fabrik kapas juga sentiasa menjadi kegemaran dan opsyen terbaik untuk siluet yang oversized serta berstruktur.

IKLAN

Satu lagi trend baru ialah fabrik yang tidak menggunakan pewarna kimia (dyes) serta mesra alam, selain tencel, iaitu fabrik eco-friendly, selesa dan lembut bila disentuh.

“Fesyen Baju Ketat Dah Berlalu, Sekarang Orang Suka Baju Bebas & Selesa Saja” Pereka Alice Jane

TREND FUTURISTIK MASIH RELEVAN?
Sudah tentu! Terutamanya di kalangan penata gaya dan fashionista yang sentiasa mencari sesuatu yang baru dan segar. Pada pendapat saya, ia sebenarnya tertakluk kepada pilihan individu, orang yang tidak mahu berubah akan tetap mengenakan stail yang sama setiap tahun.

Tetapi bagi orang yang berfikiran terbuka dan moden, mungkin mereka selalu mengikut arus fesyen termasuklah trend futuristik. Itu semua adalah pilihan masing-masing.

IKLAN

TIP AKSESORI
Aksesori paling popular sekarang adalah pelitup muka dan saya bangga mengatakan bahawa The A-JANE Designer Face Mask juga sesuai untuk wanita berhijab. Selain itu, pemakaian item seni sebagai aksesori seperti gelang dan rantai juga membuatkan penampilan seseorang lebih menarik dan sesuai dengan atmosfera sekarang. It’s all about being stylish and subtle.

“Fesyen Baju Ketat Dah Berlalu, Sekarang Orang Suka Baju Bebas & Selesa Saja” Pereka Alice Jane

 

Tip Gaya Normal Baharu

1. Blaus puffy dan seluar culottes dipadankan dengan rantai.
2. Oversized shirt dengan seluar skinny dan tali pinggang.
3. Oversized blazer dengan seluar panjang sepadan dan tank top sebagai inner.
4. Top atasan rona metalik dengan seluar kulit.
5. Dress baby doll kapas yang berstruktur dengan gelang menarik, dipadankan dengan sepatu Oxford.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI