‘Fit’ Usia 45, Aishah Sinclair Aktif Sertai Larian, Hiking & Pernah Daki Everest Base Camp!

Hendak cantik, kena pandai jaga kesihatan dan kawal pemakanan. Macam Aishah Sinclair! Tengok gaya hidup DJ ini, tak hairanlah Aishah sentiasa tampil jelita dan bertenaga. Cecah usia 45 tahun pada Oktober tahun lalu, penampilan pengacara popular ini yang langsing dan anggun sentiasa menjadi inspirasi khususnya dalam kalangan wanita.

Ditambah pula dengan rupa paras cantik yang dimilikinya, tak puas mata memandang.

Aishah atau nama sebenarnya Aishah Jennifer Mohamed Sinclair merupakan anak kepada pasangan Mohamad Anthony John Sinclair dan Khadijah Abdul Rahman.

Bapanya berketurunan Inggeris sementara ibu Aishah pula keturunan Melayu.

Aishah Sinclair Amal Gaya Hidup Sihat

Menelurusi amalan Aishah Sinclair, wanita ini gemar menjalani gaya hidup aktif dengan menyertai pelbagai program larian, marathon, hiking dan sebagainya. Hobi itu dikatakan mula terbit sejak dia menemani bapa tersayang suatu ketika dulu.

Sehingga ke hari ini Aishah telah menyertai banyak program marathon di peringkat luar negara dan tiga daripadanya di Jepun. Tidak cukup dengan itu, dia juga pernah menyertai ekspedisi mendaki Everest Base Camp.

Pada Oktober 2025, Aishah Sinclair berkongsi momen dia berjaya sampai di Annapura Base Camp di Nepal.

After days of endless stairs, thinning oxygen, and breathtakingly beautiful views, we made it to Annapurna Base Camp!

Despite all the challenges, I would definitely do it again, especially to this amazing group of ladies.

Thank you for making one of the toughest experiences one of the most joyful ones too.”

Adik kepada Allahyarham Ashraf Sinclair ini mendirikan rumah tangga dengan Shaikh Abdul Shahnaz pada 8 Januari 2006.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Soraya Ann dan Aina Elisabeth.

Selain Allahyarham Ashraf, Aishah juga mempunyai seorang lagi adik lelaki iaitu Adam Sinclair yang merupakan suami penyanyi Yuna.

 

 

 

 

 

Share
Published by
Suzi