Fesyen

Foto Percutian Keluarga HANIF ZAKI & ANZALNA NASIR Di Dubai Terima Pujian. Foto Keluarga Paling Cantik!

Melihat posting Instagram milik Anzalna Nasir yang kini sedang menikmati momen percutian bersama keluarga kecilnya ke Dubai, pasti akan tersenyum kagum melihat penampilan ibu kepada dua orang cahayamata ini.

Dubai menjadi lokasi percutian di kalangan selebriti tanahair antaranya termasuklah Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Mira Filzah, Noor Nabila dan beberapa lagi selebriti tanahair.

Mana tidaknya, Anzalan tampil cantik, gorgeous dan style ketika bercuti walaupun dengan kehadiran dua anak kecil! Anzalna Nasir sememangnya seorang wanita yang bukan saja memiliki raut wajah sempurna bahkan mempunyai cita rasa fesyen elegan dan sofistikated. Walaupun mengenakan hijab, apa saja yang tersarung di tubuhnya nampak cantik terletak!

Walaupun ketika menikmati percutian, nampaknya Anzalna bijak menentukan gaya agar tidak kelihatan keterlaluan. Pendek kata, from head to toe menarik. Apatah lagi pemilihan gaya disesuaikan dengan suami tersayang, Hanif Zaki dan dua orang putera kesayangannya, Eidrees dan Emirhan.

Mempunyai 3.3 juta followers di Instagram, perkongsian foto percutian Anzalna ke Dubai baru-baru ini meraih perhatian peminat. Ibu kepada dua orang cahaya mata ini mendapat pujian di kalangan netizen di posting instagram miliknya di mana para peminat memuji kecantikannya yang bijak bergaya walaupun mengenakan hijab.

Menurut Anzalna, percutain keluarga ini merupakan percutian sempena sambutan hari lahirnya ke 35 baru-baru ini di samping usia anak keduanya, Emirhan mencecah usia 8 bulan. Anzalna turut berkongsi mengenai dua anak lelakinya memberi ‘kerjasama’ yang terbaik sepanjang percutian keluarga tersebut.

“Happy 8 months old Emirhan! Senang betul jaga Emirhan tak meragam bawa dia pi holiday. Baik macam mommy dia waktu kecil. Nakkk jugaaaaaa angkat bakul! hahahahhahahahah”- Anzalna Nasir

Untuk rekod, Anzalna atau nama penuhnya Nur Anzalna Md Nasir berkahwin dengan ahli perniagaan Hanif Zaki pada 2016 dan turut dikurniakan anak sulung, Mohamad Eidrees yang kini berusia dua tahun.

 

 

IKLAN
Share