Gamit Nostalgia, Penampilan Anggun & Awet Muda Dato’ Sri Siti Nurhaliza Raih Pujian

Isi Kandungan
Toggle

Biduanita Negara yang juga penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza merupakan salah seorang penyanyi Malaysia yang cukup popular di Indonesia.

Lagu hitnya, Bukan Cinta Biasa sudah tidak asing lagi dalam kalangan peminat muzik di sana.

Kredit Foto: ctdk

Dato’ Sri Siti Nurhaliza sekali lagi menyapa para peminatnya di Indonesia menerusi persembahan di Pestapora 2025 baru-baru ini di JIExpo, Kemayoran, Jakarta.

Dato’ Sri Siti Nurhaliza menyampaikan beberapa buah lagu hitnya seperti Cindai, Badarsila, Aku Cinta Padamu, Purnama Merindu, Biarlah Rahsia, Pastikan, Bukan Cinta Biasa dan banyak lagi.

Spontan

Menariknya, ketika sedang menyanyikan lagu Bukan Cinta Biasa, Dato’ Sri Siti Nurhaliza tiba-tiba menyapa penyanyi solo lelaki terkenal Indonesia, Afgan yang kebetulan hadir menonton sambil turut menyanyikan lagu tersebut.

Melihat situasi itu, Dato’ Sri Siti Nurhaliza mengajaknya naik ke atas pentas, lalu berlakulah sebuah duet secara spontan.

Awet Muda

Bukan sahaja vokalnya yang memukau malah penampilan Dato’ Sri Siti Nurhaliza turut mencuri perhatian. Sejak kembali langsing, Dato’ Sri Siti Nurhaliza kelihatan semakin berseri dan awet muda.

BACA JUGA: Nyanyikan Lagu Tema Hari Kebangsaan 2025 “Lagu-Lagu Seumpama Ini Sangat Dekat Dengan Jiwa & Portfolio Karier Saya” DATO’ SRI SITI NURHALIZA

Di Jakarta, Dato’ Sri Siti Nurhaliza memilih untuk tampil dengan gaya formal serba jingga, daripada hijab sehinggalah ke busananya.

Terserlah penampilan Dato’ Sri Siti Nurhaliza apabila beliau memadankan tudung polos berwarna jingga dengan siluet blazer yang dihiasi manik menyerlahkan gaya anggun dan sofistikated.

Dato’ Sri Siti Nurhaliza turut mengenakan seluar panjang dengan warna serta corak senada. Potongan seluar tersebut labuh sehingga menutupi kasutnya.

Wajahnya dirias cantik oleh jurusolek tersohor, Epie Temerloh. Sentuhan blush on dan gincu bernuansa coral begitu juga dengan eyeshadow yang digunakan menyerlahkan penampilan Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang segar dan stylish

.
Share
Published by
Amy Mohd