
Sejak tampil dengan imej menutup aurat sepenuhnya, pelakon jelita Nora Danish kelihatan semakin berseri-seri dan ‘muda’ persis seorang remaja pada usia 42 tahun.
Sering berkongsi doa, kata-kata hikmah dan rutin menghadiri majlis ilmu di media sosial membuatkan ramai yang kagum dengan cara Nora untuk kekal istiqamah.
Nora juga sering berkongsi ‘OOTD’ yang menjadi inspirasi khususnya di kalangan wanita bertudung.
Ramai yang memuji dan memberi sokongan buat ibu tunggal kepada dua anak ini agar segala kebaikan yang ditunjukkan menjadi asbab pahala untuk dirinya mudah ke syurga.
Tulis Nora, ia bukan untuk merasa dirinya terpaling bagus sebaliknya demi memperbaiki diri yang serba serbi kekurangan.
Sahabat baik kepada Betty Rahmad ini turut meluahkan kesyukuran apabila sering diberi peluang menghadiri majlis-majlis ilmu.
Nora turut menitipkan pesanan buat para pengikut dan peminatnya agar tidak menolak untuk hadir ke majlis ilmu jika diberi peluang.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata mendoakan agar Nora kekal istiqamah, dikurniakan nikmat kesihatan yang baik seterusnya sentiasa berkongsi kebaikan buat semua.
Cantik-cantik abaya Dubai premium ni, jom Beli Sini
This website uses cookies.