Gemar Gaya Hijab BAWAL, Raja Permaisuri Agong Anggun Dalam Kelas Tersendiri!

Bawal atau square scarf memang menjadi pilihan kebanyakan wanita muslimah masa kini. Tidak terkecuali, Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Selain mudah dan cepat digayakan, pemakaian tudung bawal menyerlahkan lagi keanggunan wanita. Pendek kata, gaya hijab ini memang tengah in lah sekarang! Sampaikan golongan VVIP pun suka.

Tidak kira ketika menghadiri majlis rasmi mahupun santai, Tunku Azizah dilihat selesa memakai tudung bawal sebagai gaya harian. Daripada material cotton, chiffon,

satin, bercorak mahupun polos.. semuanya ada dalam koleksi Tunku Azizah.

Mengenali peribadi Tunku Azizah.. baginda bukan hanya gemar memasak bahkan cukup prihatin dengan isu masyarakat terutamanya apabila melibatkan golongan susah dan kesuburan wanita. Disebabkan itu, Tunku Azizah berkenan menjadi Pengasas Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF).

Tunku Azizah merupakan puteri ketiga kepada pasangan Sultan Johor, Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Ismail bersama isterinya Enche’ Besar Hajah Kalsom Abdullah. Kekanda lelakinya ialah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail ibni Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj dan isteri kepada Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Pasangan Diraja ini juga dikurniakan empat orang putera dan lima orang puteri iaitu Tengku Amir Nasser; Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah; Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah; Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah; Tengku Puteri Ilyana; Tengku Puteri Iman Afzan; Tengku Puteri Ilisha Ameera; Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah dan Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah.

15 Januari lepas, Istiadat Pertabalan Tengku Abdullah sebagai Sultan Pahang keenam diadakan di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang. Dan esok… 30 Julai bukan hanya merupakan tarikh berlangsungnya Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16 tetapi juga ia sebenarnya tanggal keputeraan baginda yang ke-60.

 

Kredit foto: Instagram Love Tengku Puan Pahang / Istana Negara / Malaysia Royal Family

IKLAN
Share