Fesyen

Handbag Baru Vivy Yusof, Buat PEMINAT DUCK Tak Keruan Nak Order Semua Warna!

Sejak teaser demi teaser dikeluarkan, maka hari ini berakhirlah penantian para peminat Duck untuk ‘menyambar’ beg Hannah Crossbody yang dipakai oleh Vivy Yusof.

Ibarat cinta pandang pertama, Nona sendiri tertarik dengan reka bentuk beg kulit nan klasik ini. Jika dulu Duck pernah mengeluarkan beg tote dari koleksi The KL Duck dan The Alphabet, kini jenama gaya hidup itu tekad menghasilkan beg Hannah yang lebih elegan serta penuh estetik.

Para wanita yang mengagumi karakter usahawan e-dagang, Vivy Yusof, tentu sekali teruja dapat melaram dengan beg tangan serupa yang mirip koleksi rumah fesyen Dior, iaitu Diorama. Lagi pun Vivy sendiri sangat terkenal sebagai ratu handbag, oh… makan hati tengok betapa kerapnya beliau bertukar beg dan semuanya berjenama hebat belaka.

Hannah Crossbody Bag ditampilkan dalam empat warna menawan iaitu mustard, navy, dark green dan nude. Ia bakal menembusi pasaran tempatan bermula hari ini melalui butik-butiknya di FashionValet dan The Duck Store, Pavilion, di Bangsar serta secara online.

Jika tak mahu disilangkan, dengarnya tali strap bahu juga boleh dibuka untuk dijadikan beg jinjit. Beg ini diperbuat daripada kulit asli dan paling menarik adalah buckle bertulis Duck yang ditempah khas untuk koleksi terbabit. Cara pembuatannya pun rumit tau, mujurlah hasil beg mewah menggemparkan!

Sampai ke saat ini, banyak netizen yang mula tak keruan, malah sibuk meneka-neka harga beg mewah ini untuk disambar. Jelas sentuhan Vivy Yusuf ibarat kisah The Midas Touch, sentuh apa saja tentu jadi emas! Hebatnya.

Jom kita cuci mata lagi dengan gambar-gambar ni!

Bukan itu saja, pelancaran koleksi beg Hannah Crossbody turut diiringi 3 episod drama pendek macam kat bawah ni. Mohon baca kapsyen untuk faham jalan cerita D, ok?

Sementara diumumkan, jom teka berapa ratus agaknya harga beg cantik ni?

IKLAN
Share