Sudah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk memberi pendidikan kepada anak-anak. Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak lebih-lebih lagi dalam soal pendidikan. Ada berbagai bentuk dan corak pendidikan yang disediakan oleh kerajaan dan pihak swasta, dan sebagai ibu bapa mereka berhak untuk memilih. Begitu juga dengan trend menghantar anak ke Sekolah Cina.

IKLAN

“Hantar Sekolah Cina Jangan Harap Jadi Pengawas, Tapi Cemerlang Di Sekolah Menengah” Leny

Leny Adam adalah salah seorang ibu yang telah menghantar anak-anaknya ke Sekolah Cina. Ketika diajukan kenapa memilih sekolah cina, jawapannya, “Sebab utama saya hantar anak-anak ke Sekolah Cina supaya mereka belajar bahasa tambahan seperti bahasa Cina dan juga bagaimana anak boleh bersaing dengan kumpulan budaya yg lain. Sebab sekolah anak-anak saya ada juga kanak-kanak  India belajar di Sekolah Cina,” katanya.

Leny juga turut berkongsi di laman media sosialnya tentang isu menghantar anak-anak ke Sekolah Cina ini. “Dah 10 tahun hantar anak-anak ke Sekolah Cina. Tahun ni akhir untuk Alif sebelum 4 tahun lagi untuk Amna…insyaallah. Banyak saya belajar menghantar anak ke Sekolah Cina. Disiplin di sekolah boleh membawa ke rumah dan sampai ke Sekolah Menengah.

“Hantar Sekolah Cina Jangan Harap Jadi Pengawas, Tapi Cemerlang Di Sekolah Menengah” Leny

Bangun pagi pukul 5.00 tanpa banyak kerenah. Kena sampai sekolah sebelum pukul 7.00 pagi. Home work kena siap sebelum ke sekolah. Kena ingat apa nak bawa dan susun time table sangat penting. Saya tak pernah ajar barang tertinggal nanti mommy hantar. Biar kena rotan pun kat sekolah dan lain kali dorang akan ingat barang sendiri.

Bawa air suam penting…tak boleh bawak air sirap. Kat kantin pun tak jual jajan. Saya akan siapkan breakfast atau bawak bekal biskut atau roti. Tak pernah beli di kantin. habis sekolah pukul 1.50 petang sambung tuisyen di sekolah sampai pukul 3.30 petang. Lunch ada parents yang boleh masakkan…So saya tak perlu risau anak tengahari makan ke tak? Siapkan duit tuk bayar je…

“Hantar Sekolah Cina Jangan Harap Jadi Pengawas, Tapi Cemerlang Di Sekolah Menengah” Leny

Van akan ambik di sekolah dan hantar ke tempat mengaji. Di sekolah pun ada ustazah yang sangat baik sepanjang 10 tahun ini. Kelas agama yang selesa siap ada surau yang kami parents Melayu usahakan 10 tahun lepas. Siap minta Jakel sumbang langsir, alhamdulillah.

IKLAN

Sekolah Cina waktu pembelajaran dan waktu persekolahan tak ada hiruk pikuk…senyap dan semua fokus dalam bilik darjah masing-masing. Tak boleh lari berkeliaran di koridor sekolah. Pagi sampai kelas kena duduk dan terus baca sifir nak pergi tandas pun tak boleh sesuka hati je…Parents tidak dibenarkan masuk dan hantar anak-anak ke bilik darjah. Kena tunggu di luar pagar sehingga loceng berbunyi. Murid-murid tidak boleh keluar dari perkarangan sekolah tanpa penjaga. Kalau anak menangis, biarkan guru-guru akan handle..macam mana, berani tak?

“Hantar Sekolah Cina Jangan Harap Jadi Pengawas, Tapi Cemerlang Di Sekolah Menengah” Leny

Oh! Lepas mengaji anak-anak saya balik rumah? Oh tidak..cikgu tuisyen anak-anak saya akan ambik dari kelas mengaji untuk buat homework dan tuisyen bahasa Mandarin..sampai la saya ambik lepas balik pejabat pukul 7.30 petang dan kadang-kadang sampai pukul 8 malam…

IKLAN

Sampai rumah tengok TV?? Nop! Weekdays no TV at all…Balik rumah makan, susun time table dan tidur. Pukul 9.30 malam dah deep sleep anak-anak saya semua…begitulah hari-hari seterusnya.

“Hantar Sekolah Cina Jangan Harap Jadi Pengawas, Tapi Cemerlang Di Sekolah Menengah” Leny

Weekend dah sibuk cuci kasut sendiri dan kemaskan semua baju-baju untuk sepanjang minggu. Masa ni mereka qada tengok TV dan buat aktiviti lain…So weekend memang tak pegang buku dah melainkan ada homework.

Anak-anak saya pandai? Biasa je dan ikut kemampuam masing-masing..Setiap anak tu berbeza-beza. Alhamdulillah keputusan mereka membanggakan saya…Alif pernah juga dapat no 1 dalam kelas dan dapat penghargaan. Alhamdulillah keputusan perperiksaan anak-anak saya tak pernah mengecewakan…So far bukan sebab pandai semata tapi juga bagaimana mereka boleh survive dalam hidup. Tapi pergi sekolah cina jangan harap sangat dapat merasa jadi pengawas atau ketua waima ketua kebersihan…Memang susah nak merasa tapi bila dah pergi sekolah menengah, semua mereka tapau,” kongsi Leny panjang lebar.

“Hantar Sekolah Cina Jangan Harap Jadi Pengawas, Tapi Cemerlang Di Sekolah Menengah” Leny

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI