
Tengku Amir Shah Rai Hari Lahir Datin Paduka Seri Afzaa Fadini
Lebih enam bulan mendirikan rumah tangga, terserlah wajah bahagia Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah dan Yang Mulia Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Abdul Aziz. Masih segar di ingatan rakyat Selangor khususnya mengenai kemeriahan majlis pernikahan pasangan sama cantik sama padan ini yang berlangsung indah pada 2 Oktober 2025.
Tanggal 11 April lepas pastinya menjadi detik istimewa buat Tengku Amir Shah apabila buat pertama kalinya Baginda berpeluang menyambut ulang tahun kelahiran Datin Paduka Seri Afzaa Fadini sejak bergelar suami isteri.
Artikel https://www.nona.my/istiadat-persandingan-diraja-selangor/
Meninjau media sosial Raja Muda Selangor, Tengku Amir berkesempatan memuat naik foto bersama Datin Paduka Seri Afzaa ketika majlis perkahwinan mereka. Sambil menitipkan ucapan ‘Happy Birthday My Dearest’ buat permaisuri hati.
Perkongsian Raja Muda Selangor ini turut mendapat perhatian warga maya. Rata-rata mereka menzahirkan rasa teruja dengan sifat romantik Tengku Amir Shah. Selain tidak ketinggalan mengucapkan Selamat Hari Lahir buat Datin Paduka Seri Afzaa yang kini meniti usia 33 tahun.
Pada awal Syawal lalu, pasangan sama cantik sama padan ini berkongsi potret Aidilfitri berdua di Istana Pantai Bahagia Morib.
Tulis Raja Muda Selangor di Instagram, “Aidilfitri kali ini lebih istimewa bersama Afzaa di Istana Pantai Bahagia Morib, menghimpun rasa syukur dan bahagia.”
Menelusuri latar belakang Datin Paduka Seri Afzaa Fadini, beliau merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda dalam BA Development Studies and Economics dari School of Oriental and African Studies dan memiliki Ijazah Sarjana dalam Sustainable Cities, King’s College London.
Datin Paduka Afzaa Fadini juga berpengalaman dalam pengurusan dan perlindungan Kawasan pemuliharaan di bawah pemulihan hutan aktif di Semenanjung Malaysia. Seterusnya meningkatkan biodiversiti.
Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Abdul Aziz diijabkabulkan pada 2 Oktober 2025 di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Selangor.
Semoga pasangan diraja ini sentiasa dalam lindungan Allah SWT.
This website uses cookies.