
Kisah tular remaja berusia 13 tahun dari Sabah, Zara Qairina Mahathir yang maut akibat dibuli oleh beberapa pelajar senior di sekolahnya telah membuka mata masyarakat tentang keadilan.
Sehinggakan kematiannya mencetuskan gelombang solidariti seluruh negara demi sebuah kebenaran.
Ramai yang terkesan dengan kisah menyayat hati ini termasuklah golongan selebriti.
Penyanyi dan pelakon terkenal, Nabila Razali turut meluahkan rasa terkesan dan berkongsi suara hatinya di Instagram peribadi.
Sebagai seorang ibu pastinya Nabila merasa anat terkesan dengan isu tular tersebut.
Luah Nabila, pada usia 13 tahun seharusnya arwah Zara melalui kehidupan yang penuh dengan kegembiraan, impian dan kasih sayang.
Namun baginya dunia ini terlalu kejam, dan kita kehilangan adik Zara terlalu awal.
“Hati Bella luluh bila baca kronologi kejadian dan membayangkan apa yang dia lalui. Tiada anak yang patut melalui penderitaan sebegitu.
“Kita doa, semoga di alam sana Zara tenang, bebas dari segala sakit dan takut.”
BACA JUGA: Bahagia Di Apit Dua ‘Hero’ Pujaan Hati, Nabila Razali Azam Mahu Jadi Wanita Lebih Baik!
Nabila menyeru agar masyarakat tidak terhenti bersuara demi menuntut keadilan Zara.
“Kita tak akan berhenti bersuara. Kita akan tuntut keadilan untuk Zara, sampai suara dia yang terhenti di dunia ini, terus bergema melalui kita.
“Kerana setiap anak berhak untuk hidup dengan selamat, dilindungi, dan disayangi.”
Nabila turut menitipkan kata-kata buat ‘si pembuli’.
“Buat Si Pembuli, Allah itu Maha Adil. You may be happy now. But not for long.
“Al-Fatihah buat Zara Qairina.”
Sama-sama kita sedekahkan Al-fatihah (dibaca) buat Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir.Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan berada dalam golongan yang beriman.
Untuk info, Allahyarhamah Zara Qairina dilaporkan terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama sebuah sekolah agama di Papar pada 16 Julai lalu, sebelum disahkan meninggal dunia sehari kemudian di Hospital Queen Elizabbeth I.
Miliki sejadah rekaan istimewa di SINI
This website uses cookies.