“Hati Saya Berubah Sekelip Mata” SABY ROSE Kini Manis Bertudung & Berpakaian Labuh, Pemergian Bapa Jadi ‘Turning Point’

Pempengaruh media sosial, Saby Rose meraih perhatian ramai apabila berkongsi penampilan terkininya yang berbusana labuh dan mengenakan hijab.

Dalam perkongsiannya di TikTok, Saby mendedahkan bahawa dirinya yang dahulu sangat gemar memakai ‘crop top’ tidak pernah terlintas untuk berpenampilan labuh apatah lagi berhijab.

Kredit Foto: sabyzrose

Katanya lagi, perubahan itu bermula selepas pemergian ayah tercinta pada Julai yang lalu, yang mendorongnya untuk memilih gaya berpakaian lebih sopan dan longgar.

Dahulu saya tidak pernah terfikir untuk berpakaian sebegini kerana terlalu gemar memakai ‘crop top’.

Namun, dengan izin Allah SWT, hati saya berubah sekelip mata untuk memilih pakaian yang lebih labuh dan sopan.

BACA JUGA: Kini Anggun Berhijab, Perubahan Hidup Alana Williams Ratu Hati Sonny Bill Williams Cetus Inspirasi!

“Pemergian seorang ayah menjadi bekalan ilmu agama yang berharga buat anak-anaknya.

“Dahulu saya tidak pernah terfikir untuk berpakaian sebegini kerana terlalu gemar memakai ‘crop top’.

“‘Namun dengan izin Allah SWT, hati saya berubah sekelip mata untuk memilih pakaian yang lebih labuh dan sopan.”

“Pemergian seorang ayah menjadi bekalan ilmu agama yang berharga buat anak-anaknya.”

Pujian & Doa

Menjengah ke ruangan komen di Instagramnya, kebanyakan para pengikut memuji penampilan terbaharu Saby serta mendoakannya agar terus istiqamah.

“MashaAllah tabarakallah Alhamdulillaah. Cantiknya Saby! Semoga terus istiqamah ke jalan Allah!! Love the new ypu dear.” 

“Pakai tudung nampak muka u mahal. Nampak seri, sumpah..”

Untuk rekod, Saby mula mengenakan tudung dan berpakaian sopan sejak Julai lalu. Semoga Saby Rose terus istiqamah dan menjadi inspirasi kepada anak-anak muda.

Share
Published by
Amy Mohd