‘Hijabistahub & Soultan Royale Night’ Meriah, Terpegun Melihat Koleksi Raya Pelbagai Warna & Rekaan Menawan!

HijabistaHub merupakan sebuah jenama pakaian wanita yang sudah mula bertapak sejak 2016.

Pertunjukan fesyen ini julung kalinya diadakan setelah lapan tahun berada dalam industri fesyen tanah air.

Majlis berlangsung di JW Mariott Kuala Lumpur baru-baru ini. Bertemakan ‘Royale Night’ majlis ini dihadiri lebih 300 jemputan yang terdiri daripada selebriti dan pempengaruh terkenal.

Majlis dimulakan dengan sesi pengenalan jenama baharu iaitu Soultan yang menampilkan koleksi Baju Melayu.

Jenama ini hasil kolaborasi bersama pelakon popular, Aeril Zafrel. Perbarisan berpanji yang membawa keris ke pentas utama sebagai simbolik pelancaran jenama tersebut.

Pelbagai koleksi pakaian wanita ditampilkan dalam pertunjukan pentas ini yang bertemakan moden klasik.

Turut ditampilkan empat koleksi eksklusif daripada artis wanita popular, Wawa Zainal yang mempunyai keunikan tersendiri.

Kehadiran beberapa orang kerdil yang mengusung Wawa Zainal ke pentas utama menjadi gimik istimewa sebelum bermulanya pengenalan kepada koleksi tersebut.

Koleksi yang ditampilkan oleh Hijabistahub kali ini lebih berkualiti sekaligus membuktikan jenama tempatan juga setanding dengan jenama antarabangsa.

Memetik ucapan Pengarah Hijabistahub, mereka ingin membawa jenama ini lebih jauh dan dikenali.

Barisan selebriti yang turut tampil di pentas fesyen ialah Alif Aziz dan Bella Astillah, Mawar Rashid dan Raf Yaakob, Amyra Rosli dan Amar Baharin, serta Iman Troye.

Alif Aziz dan Bella Astillah.
Amyra Rosli dan Amar Baharin.
Mawar Rashid dan Raf Yaakob.
Lisdawati dan Fauzi Nawawi.

Tidak ketinggalan Ryan Bakery dan Boss James.

Majlis dierikan lagi dengan persembahan daripada Anuar Zain, Ernie Zakri dan Syamel.

Anuar Zain, memang legend!

Hijabistahub turut mengumumkan sebahagian koleksinya sudah boleh didapati di www.Hijabistahub.com dan butik di Setia Alam, Four Season Kuala Lumpur, Kelantan dan booth di Plaza Angsana Johor Bahru.

Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona

IKLAN
Share