Fesyen

H&M Melancarkan Rekaan ‘Kunci’ Terhad Asia Bagi Koleksi AW17

Manifesto sebuah kebebasan dan juga penyatuan, koleksi ini mengambil inspirasi secara terus dari jalanan Tokyo dan Seoul. Menerusi inspirasi ini daya magikal campuran anggun minimal, siluet quirky

dan gaya eksperimental dizahirkan. Koleksi ini akan menawarkan satu gaya penuh menarik untuk gerobok baju anda dan ia merangkumi seleksi dari busana sehinggalah aksesori.

Untuk koleksi wanita rekaan yang diserlahkan disuntik dengan karakter yang memiliki penyataan gaya dan juga letusan rona-rona yang ceria. Setiap rekaan dihasikan dalam siluet longgar, oversized

dan tidak rigid. Perincian-perincian yang quirky seperti pom-pom berwarna-warni, hujung lengan loceng dan perincian jahitan jelas.

Bagi rekaan lelaki pula, nostalgia gaya papan luncur diciptakan kembali penuh dinamik dengan siluet yang kukuh dan juga kemas. Antara gaya rekaan dari era 90an yang popular diterapkan seperti baju berhud, seluar jean lusuh  koyak dan baju bercorak cetak tulisan.

IKLAN
Share