
Tan Sri Shahrizat Syukur Ibu Cecah Usia 90 Tahun
Tidak semua orang diberikan nikmat mempunyai sosok ibu yang masih sihat. Apatah lagi menjangkau usia 90 tahun. Ternyata, ia menjadi rezeki terindah buat Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil apabila dia berpeluang menyambut ulang tahun hari kelahiran ratu hati kesayangan baru-baru ini.
Menerusi perkongsian di media sosial, bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ini memuat naik momen istimewa tersebut pada 13 Ogos lepas.
Lebih menggembirakan, sambutan hari lahir ibu Tan Sri Shahrizat turut diraikan bersama adik beradik, anak-anak dan cucu tersayang.
Pada majlis itu, ratu hati Tan Sri Shahrizat iaitu Che ‘Eishah Yusuf anggun berbaju kurung rona biru lengkap berselendang. Raut wajah manis Che ‘Eishah jelas diwarisi anak perempuan tersayang yang juga bekas Ketua Wanita UMNO itu.
Sempena hari lahir ke-90, Tan Sri Shahrizat berkesempatan menitipkan doa buat ibunda tersayang. “Syukur alhamdulilah Mama 90 tahun berkat hari ini! Mama adalah anugerah dan nikmat Allah SWT yang paling indah untuk kami keluarga besar ini.
Mama is our berkat and strength. She can still command the family from her bed and wheelchair with a flick of her eyebrows!
Our lives are centred around Mama alhamdulilah. Hari ini dan hari-hari lain juga ramai anak pinak cucu-cicit hadir untuk bersama Mama.
Our doa moga Allah panjang lagi umur Mama dalam kesihatan dan ketenangan serta husnul khotimah buat Mama.
We love and cherish and respect Mama as the doyenne of our family. She has wonderful enduring good qualities hard to emulate! We are so blessed.”
Jelas Tan Sri Shahrizat lagi, sejak bapanya meninggal dunia mereka adik-beradik sepakat menjaga ibu dan memastikan ratu hati kesayangan tidak merasa kesunyian selepas pemergian suami tercinta.
Tan Sri Shahrizat mendirikan rumah tangga dengan Dato’ Sri Dr Mohamad Salleh Ismail. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan tiga orang anak iaitu Wan Shahinur Izran, Wan Shahinur Izmir dan Wan Izzana Fatimah Zabedah.
Figura berpengaruh ini turut mempunyai lima orang cucu iaitu Ayden Shahinur, Eleyna Shahinur, Ayva Shahinur, Ezra Shahinur dan Ayzaac Temur.
Baru-baru ini, satu-satunya anak perempuan iaitu Wan Izzana mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan iaitu Adam Radlan Adam Muhammad.
This website uses cookies.