Fesyen

Ibu Hamil Paling Glamor Di Kaca TV, Gaya Jihan Muse Ini Sesuai Ditiru Oleh Wanita Mengandung!

Jangan fikir wanita mengandung tak boleh bergaya. Lihatlah penampilan Jihan Muse sepanjang mengacarakan konsert Gegar Vaganza, dia nampak lebih elegan dan glamorkan?

Ragam serta telatah spontan Nabil dan Jihan Muse sentiasa mencuit hati penonton sepanjang konsert Gegar Vaganza 4 berlangsung. Meskipun sarat hamil, tapi Jihan cukup bertenaga dan yang pentingnya kelihatan begitu glamor di atas pentas.

Malah sewaktu malam final kelmarin, Jihan yang sudah memasuki trimester ketiga kelihatan menawan dalam persalinan dress

merah hati rekaan Zaimi Zulkafli.

Nona tertarik menyelongkar diari fesyen Jihan Muse untuk dijadikan inspirasi wanita hamil. Mungkin ia dapat memecah kebuntuan bakal ibu yang takut berfesyen kerana keadaan tubuh yang membesar.

(a) Gaya Kasual

Tiru Jihan: Kenakan tunik labuh (Laguna Sydney) dan gandingkan dengan seluar skinny hitam (9 Months Maternity).

Tiru Jihan: Sesekali tampil cheeky dalam dress denim (Monki) separas betis dan top (9 Months Maternity). Kasut sneakers (Clarks) jadi padanan paling selesa.

Tiru Jihan: Cantiknya pemandangan di Jepun! Jihan jalan-jalan dalam persalinan sweatshirt gelap bermotif Swan (Monki) serta seluar skinny hitam yang selesa.

(b) Gaya Gaun Malam & Karpet Merah

Tiru Jihan: Persalinan jingga (Ridzuan Alias) daripada ceraian peplum 

top dan seluar sedondon menaikkan seri ibu mengandung.

Tiru Jihan: Gaya ibu hamil yang ranggi, Jihan nampak segar dalam top ropol (M.Z Ikhwan) dan seluar pleated (Modvier) rona biru tua.

Tiru Jihan: Ringkas namun tetap class! Dress hitam dan jaket bersulam emas (Shoes Shoes Shoes) menampakkan sisi keibuan Jihan pada malam pertama konsert GV4.

Tiru Jihan: Bagi yang menggemari gaya longgar atau jubah, pilihan dress biru muda (Mirol Jonit) untuk malam ASK17 ini memang tak menghampakan Jihan.

Tiru Jihan: Warna yang lembut dan manis untuk ibu hamil, persalinan dress merah jambu (Merecca KL) ini cukup selesa pada tubuh Jihan.

Tiru Jihan: Masih mengekalkan rona lembut untuk penampilannya, dress

(Afiq M) ini menyerlahkan gaya Jihan di atas pentas konsert.

Tiru Jihan: Tak jemu mata memandang! Jihan sekali lagi muncul di atas pentas dalam dress pastel rona merah jambu (Victor & Rolf) yang mewah!

Tiru Jihan: Memandangkan perutnya semakin membesar, dress hitam (Victor & Rolf) ini menjadi penyelamatnya. Jihan turut mengenakan jaket gelap sebagai pelengkap gaya.

Tiru Jihan: Malam semi final GV4, Jihan tampil berani dalam dress merah menyala (Blubelle). Fierce! Norzalina Mohd Alias

IKLAN
Share