
Orangnya memang cantik dan berbakat besar. Selepas umumkan persaraan sebagai atlet boling pada September 2020, rezeki Syaidatul Afifah Badrul Hamid semakin melimpah ruah. Walau tidak lagi menjadi barisan atlet yang mengharumkan nama negara di persada sukan dunia khususnya tenpin boling namun minat terhadap sukan tersebut masih menebal.
Bezanya kini dia membawa misi lebih besar iaitu memperkasa dan melahirkan generasi pelapis boling profesional tanah air menerusi akademi miliknya, Akademi Syaidatul Afifah.
Meniti usia 34 tahun, Syaidatul Afifah atau mesra disapa Fifah dalam temu bual bersama Nona kira-kira tiga tahun lalu meluahkan hasrat untuk mempunyai akademi sendiri dan impian tersebut akhirnya menjadi kenyataan pada tahun 2022.
“Adalah impian tertinggi Fifah untuk melahirkan generasi baru pemain bowling professional. Fifah bermula dengan sukan bowling seawal umur 9 tahun dan selama lebih 20 tahun Fifah dedikasi hidup dengan bowling.
Di sini platform Fifah bakal turunkan segala pengalaman ilmu, kemahiran dan skill bermain bowling.”
Sepanjang pembabitan dalam bidang sukan, Syaidatul Afifah menyertai banyak kejohanan antaranya Sukan Asia Incheon 2014, Sukan SEA Singapura 2015, Kejohanan Asia 2015 di Bangkok dengan membawa pulang pingat emas acara berpasangan wanita, Kejohanan Boling Dunia 2017 di Las Vegas juga raih pingat emas berpasukan wanita dan Sukan Asia 2018 di Palembang dengan pingat emas trio berpasukan wanita.
Selepas mengucapkan selamat tinggal kepada karier sukan selepas bersara sebagai atlet tenpin boling, Syaidatul Afifah mengasah bakat dalam bidang pengacaraan dan seni.
Siapa sangka, wanita kelahiran Perak ini turut menerima tawaran berlakon dalam drama bersiri Ratu Tenpin dan Ratu Tenpin 2 arahan Sheila Rusly.
Moga Fifah terus sukses dalam apa jua bidang yang diceburi.
Nak bersukan, pastikan pakai outfit yang sesuai macam ni.
This website uses cookies.