Musim PKP ini, ramai yang tunjuk skil memasak. Tambah-tambah dalam bulan Ramadan ni, bazaar pun tidak dibuka maka terpaksalah memasak sendiri di rumah untuk juadah berbuka dan bersahur. Tapi, jangan sampai meninggalkan ‘beban’ pada tubuh!

IKLAN

 

Tidak disangkal, perut akan menjadi lapar dan fikiran sukar membuat keputusan rasional tambah-tambah lagi saat memilih makanan untuk mengembalikan kesegaran badan. Kadang-kadang, keadaan ini memaksa anda membuat pilihan salah dan akhirnya senaman yang memenatkan tadi hanya sia-sia.

 

Apa yang perlu anda elak?

 

  1. MAKANAN SEGERA

Kaunter pandu lalu sering menjadi penyelesaian terbaik. Ironinya, restoran makanan segera ini seringkali dilihat berada begitu hampir dengan pusat gimnasium dan kompleks sukan. Sudahlah hendak menguruskan kesihatan terpaksa berpenat lelah, hanya persinggahan di restoran makanan segera ini dengan mudahnya penat lelah anda tadi menjadi sia-sia. Burger daging, ayam goreng dan pelbagai makanan berminyak dan berlemak ini perlu di singkirkan dari kotak fikiran setiap masa!

Ingatkan Bulan Ramadan Boleh Kurus, MALANGNYA Ini Penyebab Badan MAKIN KEMBANG!

 

  1. PIZZA

Hanya sekeping pizza yang lengkap dengan kepingan sosej atau hirisan daging nipis boleh merosakkan tujuan anda bersenam. Ia makanan yang mudah di dapati dan di makan, tetapi ia juga MUDAH mengembalikan lemak-lemak dalam badan yang baharu anda singkirkan.

Ingatkan Bulan Ramadan Boleh Kurus, MALANGNYA Ini Penyebab Badan MAKIN KEMBANG!

  1. SNEK

Cip kentang dan snek masin dari kategori snek tidak sihat perlu anda jauhi kerana ia boleh merendahkan paras potasium yang amat penting untuk penyembuhan selepas bersenam. Potasium merupakan sejenis mineral penting untuk tubuh bagi meningkatkan fungsi sel dan elektrolit berbanding sodium. Memandangkan tubuh anda kehilangan elektrolit semasa bersenam, apa yang tubuh perlukan sekarang ialah lebih potasium.

Ingatkan Bulan Ramadan Boleh Kurus, MALANGNYA Ini Penyebab Badan MAKIN KEMBANG!

 

  1. SAYUR MENTAH

Sayuran mentah seperti lobak, saderi, dan brokoli mentah tidak cukup untuk mengembalikan tenaga dan mengekalkan paras metabolik sihat. Namun anda masih boleh menikmati khasiatnya dengan menggabungkan sayuran mentah ini dengan celupan padat protein seperti yogurt, mentega kacang atau hummus.

Ingatkan Bulan Ramadan Boleh Kurus, MALANGNYA Ini Penyebab Badan MAKIN KEMBANG!

IKLAN

 

  1. MAKANAN MANIS

Kebanyakkan jurulatih senaman tidak menggalakkan pengambilan air manis selepas bersenam, termasuk jus buah-buahan. Cecair yang keluar melalui peluh selepas senaman perlu digantikan dengan air kosong untuk menstabilkan tahap metabolisma dan mengekalkan diet bagi anda yang ingin menurunkan berat badan.

Ingatkan Bulan Ramadan Boleh Kurus, MALANGNYA Ini Penyebab Badan MAKIN KEMBANG!

 

 

  1. SUSU COKLAT

Susu coklat kaya dengan gula dan kalori, bahan yang tidak diperlukan saat anda sedang cuba untuk mengawal diet. Sebaliknya, nikmati sedikit coklat gelap yang tinggi antioksidan untuk menentang radikal bebas dan bertindak seperti anti inflamasi utnuk pemulihan selepas senaman.

IKLAN

 

Ingatkan Bulan Ramadan Boleh Kurus, MALANGNYA Ini Penyebab Badan MAKIN KEMBANG!

 

 

  1. PASTRI

Sudah tentu pastri manis menjadi pilihan anda. Walau pastri kosong sekalipun, ia masih mempunyai kadar gula yang tidak diperlukan tubuh saat ini. Gantilah dengan roti gandum penuh atau jeruk buah dalam kuantiti sederhana jika terlalu lapar.

 

Ingatkan Bulan Ramadan Boleh Kurus, MALANGNYA Ini Penyebab Badan MAKIN KEMBANG!

 

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI