Fesyen

Inspirasi Buat RATU SEHARI, Gaya Glamor & Klasik Ilham Naeem Khan Ini Memang Eksklusif!

Sejauh mana perubahan rekaan untuk busana perkahwinan buat bakal ratu sehari, siluet tradisional dan rona putih bersih tetap menjadi pujaan hati. Naeem Khan yang terkenal juga tidak lari dari memegang prinsip ini.

Kebiasaan rekaannya diserlahkan dengan warna-warna yang terang benderang namun untuk koleksi perkahwinan 2018 beliau menterjemahkan rekaan menerusi rona putih dan sesekali disuntik dengan fabrik bersulam bunga warna warni yang cukup anggun serta punya nilai keceriaan.

Dari segi siluet yang diterapkan terhadap rekaan ia tidak rigid bahkan setiap satu memiliki satu karakter yang berbeza. Dari gaya seperti gaun ala flapper ia berubah ke gaun kembang penuh, gaun potongan duyung, gaun potongan A line sehingga kepada kejutan jumsuit yang cukup edgy

.

Memberikan sedikit elemen segar dan cerita, pemilihan fabrik dengan bunga sulam timbul seolah-olah ia satu persalinan pesta keraian yang menjadi pilihan pengantin yang mahukan aura berlainan saat resepsi.

Semestinya pengantin yang menggayakan busana Naeem Khan adalah pengantin yang arif soal fesyen dan mahukan persalinan yang boleh digayakan dari resepsi terus ke majlis after party yang gemilang.

 

IKLAN
Share