Fesyen

Inspirasi Gaya Ibu Anak 4, SHAFIRA DALINA KAMARUDZAMAN Pencinta Fesyen Berjenama

“Fashion is my passion” Itu definisi fesyen bagi wanita cantik ini. Walaupun usianya sudah mencecah 40 tahun namun Shafira Dalina Kamarudzaman seorang yang cukup menitikberatkan penampilan.

Ibu anak 4 ini juga merupakan seorang pencinta fesyen pakaian berjenama. Sebagai seorang Eksekutif Bank, menjaga penampilan adalah sangat penting bagi Shafira.

Tak sekadar menyarungkannya sahaja, Shafira cukup teliti atau dalam erti kata lain ‘cerewet’ dalam pemilihan pakaian. Baca perkongsian wanita ini yang dapat dijadikan inspirasi khususnya buat anda penggemar fesyen semasa dan berjenama. Dia turut berkongsi 3 pilihan gayanya daripada koleksi peribadi.

“Saya sukakan pakaian berjenama kerana kualitinya. Bila kita pakai ia jadi selesa. Ini termasuklah materialnya serta detailing (perincian), finishing dan workmanship. Ini semua menyumbang kepada kualiti produk.

Selain itu, fesyen berjenama juga up to date dari segi trend semasa, koleksi juga sering bertukar. Sebagai penggemar fesyen saya sentiasa teruja untuk melihat apakah koleksi akan datang.

Steve Madden, antara kasut berjenama kesukaan Shafira.

Sebagai penggemar fesyen semestinya banyak jugalah koleksi pakaian berjenama yang saya ada. Kebanyakannya semasa PKP ini saya memilih lebih kepada gaya kasual. Kebanyakan jenamanya ialah Zara kerana ia jenama kegemaran saya.

Bagi saya jenama Zara sangat berkualiti dari segi material dan fabrik. Secara tak langsung kita dapat purchase dengan harga yang berpatutan. So kita dapat value for money.”

Jom kita lihat 3 gaya pilihan Shafira daripada koleksi pakaian berjenama.

Kredit Foto: Instagram @shafiradalina

 

 

 

 

IKLAN
Share