Kisahnya cukup menyentuh hati dan memberi pengajaran buat seluruh wanita. Ia membuktikan bahawa wanita bukanlah makhluk Tuhan yang selamanya lemah.

IKLAN

Tidak mahu terus meratapi kesedihan serta nasib malang yang menimpa dirinya, wanita ini bangkit semula bersama semangat yang cukup luar biasa biarpun terpaksa berkerusi roda.

Aktivis Cantik Bergelar ‘Iron Lady of Pakistan’ Ini BANGKIT Sebagai Wanita Inspirasi DuniaDialah wanita besi Pakistan, Muniba Mazari yang merupakan seorang pelukis, aktivis, hos televisyen serta motivator. Muniba merupakan graduan dalam jurusan Seni Halus.

Wanita berusia 31 tahun ini dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sangat konservatif dan berkahwin pada usia muda iaitu ketika usianya 18 tahun namun di sebalik perkahwinan itu ada kisah tersendiri sehingga dia tidak pernah merasa bahagia.

Aktivis Cantik Bergelar ‘Iron Lady of Pakistan’ Ini BANGKIT Sebagai Wanita Inspirasi DuniaAktivis Cantik Bergelar ‘Iron Lady of Pakistan’ Ini BANGKIT Sebagai Wanita Inspirasi DuniaTRAGIK

Selepas dua tahun perkahwinan, bermulalah episod duka dalam kehidupannya. Muniba terlibat dalam satu kemalangan jalan raya yang sangat tragik. Ketika kejadian suaminya mengantuk sehingga menyebabkan kereta yang mereka naiki terjatuh ke dalam parit.

Semasa dalam keadaan cemas itu, suaminya sempat melompat keluar dan terselamat manakala Muniba tersepit di dalam kereta serta gagal menyelamatkan diri. Apa yang terlintas di fikirannya saat itu hanyalah kematian! Muniba mengalami kecederaan yang sangat serius. Tulang bahu, tulang dada dan tulang belakangnya patah.

Aktivis Cantik Bergelar ‘Iron Lady of Pakistan’ Ini BANGKIT Sebagai Wanita Inspirasi DuniaKesan kecederaan itu Muniba bukan sahaja disahkan tidak dapat berjalan seperti sediakala bahkan peluang untuk memiliki zuriat juga musnah! Luluh hatinya tatkala mendengar kenyataan pahit itu daripada doktor yang merawatnya. Kemalangan itu mengubah kehidupannya secara total.

Aktivis Cantik Bergelar ‘Iron Lady of Pakistan’ Ini BANGKIT Sebagai Wanita Inspirasi DuniaBANGKIT

IKLAN

Berkat sokongan doktor serta insan-insan yang prihatin, akhirnya Muniba bangkit dengan semangat baharu lantas menjadi inspirasi buat seluruh wanita. Secara perlahan-lahan, Muniba berjaya mengatasi ketakutannya termasuk perceraian.

Aktivis Cantik Bergelar ‘Iron Lady of Pakistan’ Ini BANGKIT Sebagai Wanita Inspirasi DuniaMuniba kini bahagia bersama anak angkatnya, Neil berusia 9 tahun. Muniba juga meneruskan minatnya dalam seni lukis kerana itulah terapi jiwa buat dirinya untuk meneruskan kehidupan.

Aktivis Cantik Bergelar ‘Iron Lady of Pakistan’ Ini BANGKIT Sebagai Wanita Inspirasi DuniaAktivis Cantik Bergelar ‘Iron Lady of Pakistan’ Ini BANGKIT Sebagai Wanita Inspirasi DuniaMuniba berjaya memberi kesedaran sekaligus membuka mata masyarakat supaya menghargai diri sendiri. Dalam setiap sesi motivasinya, Muniba sering menyatakan di sebalik ketakutan dan kebimbangan kadangkala manusia terlupa dengan keistimewaan yang Tuhan kurniakan.

IKLAN

Aktivis Cantik Bergelar ‘Iron Lady of Pakistan’ Ini BANGKIT Sebagai Wanita Inspirasi Dunia“Kehidupan ini akan sentiasa ada dugaannya di mana-mana, pada bila-bila masa namun apa yang pasti semuanya berbalik kepada diri kita sendiri. Bagaimana untuk menghadapi, mengatasinya bahkan bagaimana untuk mengubah sesuatu kekurangan kepada kelebihan.

Aktivis Cantik Bergelar ‘Iron Lady of Pakistan’ Ini BANGKIT Sebagai Wanita Inspirasi DuniaAktivis Cantik Bergelar ‘Iron Lady of Pakistan’ Ini BANGKIT Sebagai Wanita Inspirasi DuniaKita juga tidak boleh menghakimi penderitaan orang lain kerana kekuatan itu pasti akan kembali kepada diri kita,” ungkap Muniba.

Aktivis Cantik Bergelar ‘Iron Lady of Pakistan’ Ini BANGKIT Sebagai Wanita Inspirasi DuniaAktivis Cantik Bergelar ‘Iron Lady of Pakistan’ Ini BANGKIT Sebagai Wanita Inspirasi DuniaMenurutnya, apa yang boleh kita lakukan ialah membawa cerita inspirasi buat masyarakat. Apa yang penting bagi Muniba ialah konsisten melakukan yang terbaik atas apa yang dimiliki. Hanya diri sendiri yang mampu mengubah kehidupan.

Aktivis Cantik Bergelar ‘Iron Lady of Pakistan’ Ini BANGKIT Sebagai Wanita Inspirasi DuniaSumber: Instagram Muniba Mazari

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI