Fesyen

Jadi Wanita Paling Cantik Di Hari Raya Dengan Koleksi Summeraya 2018 RICO RINALDI!

Summeraya 2018 merupakan edisi ketujuh koleksi khas busana Aidilfitri yang dikeluarkan Rico Rinaldi sejak 10 tahun berkecimpung dalam bidang fesyen. Koleksi ini menghimpunkan semula rekaan popular dan terbaik sepanjang 10 tahun Rico Rinaldi bertapak dalam industri fesyen.

Sudah pasti ia meletakkan penanda aras baru dalam rekaan busana Aidilfitri.

Summeraya 2018 diambil inspirasi daripada nama-nama baik dalam Islam. Terdiri daripada nama serba indah bidadari syurga dan bunga-bunga dalam taman syurga.

Antara nama yang dipilih untuk mewakili setiap rekaan seperti Abeer (harum/wangi), Eshal (bunga syurga), Naurah (bunga), Razita (bunga) dan Rayhan (bau yang harum). Kebanyakan potongan koleksi kali ini lebih ringkas namun menekankan perincian yang unik.

Malah, trend semasa iaitu ikatan riben dan sedikit sentuhan couture disuntik dalam beberapa helaian Ready-To-Wear kali ini. Rico Rinaldi memilih warna pastel dan lembut untuk melatari Summeraya 2018. Manakala, fabrik yang digunakan untuk setiap helaian Summeraya 2018 terdiri daripada sifon, satin bercorak, krep dan kapas linen.

Sebanyak 20 rekaan Ready-To-Wear

, 12 rekaan Bespoke, 10 rekaan Pre-Ramadan Wanita dan 4 rekaan Pre-Ramadan Lelaki diperkenalkan dalam Summeraya 2018.

Jom kita lihar koleksi busana anggun dari jenama terkenal ini!

 

IKLAN
Share