DIANA NASIR bukan sahaja cantik tetapi pandai sungguh menghias rumah. Di laman Instagramnya, dia berkongsi tips untuk dekorasi kediaman hanya menggunakan daun pokok palma kering. Tak hairanlah kediaman Diana yang mewah tampak lebih ‘wow’ dengan sentuhan yang tidak perlukan kos tetapi hanya kreativiti!

https://www.instagram.com/p/CDgNgllB7Bq/?utm_source=ig_web_copy_link

IKLAN

Tulis Diana, idea dari Pinterest membuatkan dia begitu teruja untuk menambahkan keserian rumah dengan dekorasi yang tak perlukan modal. Beruntunglah apabila suami dapat ‘diheret’ mengutip daun palma kering di tepi jalan. Asalkan rumah cantik, apa pun boleh dilakukan betul tak? Diana sendiri memang pandai menjaga rumah, bukan sahaja dari segi hiasan tetapi dalam soal pengurusan rumah juga.

Pelepah Kering Pun Cantik Buat DEKO, DIANA NASIR Gigih DIY Hiasan Rumah!

Bertuah sungguh suami Diana, Azwan dan tiga puterinya, Anggun Darlees, Anggun Darleena dan Anggun Darniella kerana Diana bukan sahaja cantik malah pandai menguruskan keluarga dan kediaman.

https://www.instagram.com/p/CFKNGvnM8e_/?utm_source=ig_web_copy_link

Pelepah Kering Pun Cantik Buat DEKO, DIANA NASIR Gigih DIY Hiasan Rumah!

 

Akaun Instagram Diana, @diananasir86 dipenuhi dengan pelbagai aktiviti bersama anak-anak serta dan keluarga. Seronok melihat keakraban mereka lebih-lebih lagi bila semuanya berkumpul. Baru-baru ini, panjang lebar posting di Instagram untuk menjawab persoalan ramai orang bagaimana dia menguruskan kehidupannya dengan anak-anak yang masih kecil.

https://www.instagram.com/p/CFCSyAGsDpQ/?utm_source=ig_web_copy_link

 

https://www.instagram.com/p/CCDmDOaB-r8/?utm_source=ig_web_copy_link

IKLAN

 

“I get asked a lot on “how do l manage 3 toddlers! Do l have a maid/helper? and who does all the house chores? Well, the answer to these questions are Me, Myself & I! 24/7! No maid no problemo.. How do l do it?

  1. Jangan malas! Jika malas, semua benda tak berjalan!
  2. Kurangkan masa dengan telefon. Ini adalah perkara paling penting!
  3. Displin adalah KEMESTIAN! Bukan hanya pada Angguns tetapi termasuk juga Papa. Semua perlu bekerjasama kerana saya adalah ibu/isteri. Bukan pembantu rumah!
  4. Be an early bird. Bagi saya, sangat penting untuk kita bangun dahulu sebelum anak-anak kerana kita boleh melakukan pembersihan rumah seperti mencuci pakaian, mandi supaya dapat mempersiapkan diri serta menyediakan sarapan untuk suami dan sebagainya.

Untuk keseluruhan kediaman, saya yang akan melakukan pembersihana kerana saya tidak suka rumah yang tidak kemas. Ia membuatkan saya rasa tidak selesa jadi saya akan kemas cepat-cepat setiap kali bersepah. Dengan pilihan rona putih pada sofa, langsir, karpet malah kebanyakkan benda di rumah adalah putih jadi saya akan menggunakan wipes. That’s why it still looks amazingly clean.

YES, I’m an OCD/perfectionist. Saya lebih suka melakukan semuanya sendiri lagi puas hati. Jika ada pembantu pun, tak akan sama bersihnya seperti kita lakukan sendiri. saya juga tidak berapa selesa jika ada orang luar di rumah dan saya masih boleh melakukan semua kerja rumah sendiri. Ia adalah senaman yang baik untuk saya juga. Jadi tidak perlu membazir duit suami untuk membayar upah pembantu rumah. Jika ibu saya boleh melakukannya semua sendiri dahulu, jadi saya pun boleh!

IKLAN
  1. Atur rutin harian anda dan anak-anak supaya anda boleh membuat pengurusan harian dengan lebih baik.
  2. Latih anak-anak untuk membantu. Walaupun Darleesa dan Darleena baharu berusia tiga tahun namun mereka banyak membantu di rumah. mereka mengemas, membantu mengangkat barang dan macam-macam lagi. They gotta start young right!
  3. Sediakan snek kegemaran anak-anak. Jika mereka tantrum, gunakan ia sebagai senjata. Ia sangat membantu!
  4. Jika ada mengalami hari yang sugul, its OK! Cepat-cepat berdoa agar suami habis kerja cepat. Kalau masih tak berkesan, minta jasa baik suami untuk pulang awal.

Pelepah Kering Pun Cantik Buat DEKO, DIANA NASIR Gigih DIY Hiasan Rumah! Pelepah Kering Pun Cantik Buat DEKO, DIANA NASIR Gigih DIY Hiasan Rumah!

https://www.instagram.com/p/CB4XhszBRt5/?utm_source=ig_web_copy_link

Sempat juga Diana memberi pesana supaya ibu-ibu ‘menurunkan’ jangkaan kerana tidak semuanya perlukan kesempurnaan. Tak salah untuk mempunyai rumah yang berselerak, messy hair  dan messy kids.

“Jusy enjoy and cherish your time with them. I believe that if a momma is at peace, the kids are usually too.”

https://www.instagram.com/p/B_PyTfGBKs6/?utm_source=ig_web_copy_link

https://www.instagram.com/p/B-_4yG5BEDN/?utm_source=ig_web_copy_link

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI